in

Ayda Jebat Simpati Tengok Kaki Netizen Melecet, Sanggup Beli Semula Kasut RM 638

Ayda Jebat Skechers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasut antara keperluan yang perlu diteliti kerana ia melibatkan keselesaan dan jika tersalah pilih boleh mencederakan kaki anda.


Penyanyi dan pelakon terkenal negara, Ayda Jebat baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila dia sanggup membeli semula kasut yang berharga RM 638 kerana kaki netizen itu melecet dengan sangat teruk.

Cats 7

“Kesiannya kaki awak sakit, alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut *** semua saya pakai selesa. Takpe, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulisnya.

Ayda menerusi Twitter miliknya memberitahu dia mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya netizen itu dapat membeli sepasang kasut baharu yang lebih selesa.

Dalam portal Gempak, pelantun lagu Pencuri Hati itu berkata dia rasa bersalah apabila melihat orang rasa tidak selesa atau sakit ketika memakai kasut itu.

“Mungkin bentuk kaki dia tak sesuai dengan design kasut, mungkin cara pemakaian atau sizing,” katanya lagi.

Dalam tweet yang berasingan, Ayda memberitahu dia masih akan membeli kasut itu walaupun bukan saiznya dan ingin memberikan kepada sesiapa yang sesuai.

Cute je Ayda ni! 

Baca: Sudah Bergelar Ibu, Ayda Jebat Tak Nak Terima ‘Job’ Berlakon Babak Mesra Bersama Lelaki

5Edr6Tfyguhij

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.