in

Kenali Kampung Kecil Berpopulasi Hampir 200 Tapi Majoriti Penduduk Adalah Bekas Penjenayah Seksual

Miracle village

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali imbas, kampung kecil di selatan Florida ini kelihatan sama sahaja seperti mana-mana perkampungan lain di dunia.

Mempunyai populasi sedikit iaitu sekitar 200 orang, apa yang membezakan perkampungan ini dengan yang lain adalah latar belakang majoriti penduduknya yang terdiri daripada bekas penjenayah seksual.


0 THP CHP 160118SLUG 1572JPG e1667716204945

Miracle Village diasaskan oleh Paderi Dick Witherow pada tahun 2009. Difahamkan, kewujudan kampung ini adalah sebahagian usaha untuk membantu bekas penjenayah seksual masuk semula ke dalam masyarakat selain menjadi tempat berteduh buat golongan ini.

Untuk pengetahuan, menurut undang-undang Florida, penjenayah seksual tidak boleh tinggal dalam lingkungan 1,000 batu dari sekolah, pusat jagaan kanak-kanak dan taman permainan. Selain itu mereka juga perlu mematuhi arahan perintah berkurung dan perlu memakai alat penjejak, menjadikan mereka sukar untuk menjalani kehidupan seperti orang awam lain.

Difahamkan, kebanyakan penjenayah seksual di Miracle Village didapati bersalah melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, mencabul anak sendiri dan juga menyimpan bahan pornografi kanak-kanak bawah umur.

0 Inside creepy Miracle Village where convicted sex offenders get to live in luxury on beautiful sea e1667716233756

Seorang pengasas Miracle Village, Pat Powers yang juga merupakan bekas pesalah seksual berkata, golongan sepertinya yang sudah menjalani hukuman mereka sepatutnya layak diberikan peluang kedua.

Sebelum ini, Powers telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati mempunyai hubungan dengan pelajar semasa dia menjadi jurulatih sukan suatu ketika dahulu.

Kalau korang nak tahu, sejak penubuhannya pada tahun 2009, belum ada apa-apa jenayah seksual membabitkan penduduk di sini pernah dilaporkan.

Sumber: Daily Star, TIME, The Marshall Project

Baca: Kenali ‘Kampung YouTube’ Di India Dimana 1/3 Penduduk Adalah YouTuber, Yang Paling Tua Umur 85 Tahun

Kenali Kampung YouTube Di India Dimana 13 Penduduk Adalah YouTuber Yang Paling Tua Umur 85 Tahun e1667714552253

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.