• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Kena bayar kalau tak nama blacklist” – [VIDEO] Rakaman Perbualan Scammer Cuba Tipu Polis, Mengaku Dari Jabatan Kastam

by Sue Idris October 13, 2020, 12:40 pm

ShareTweet
Scammer Call Polis

Hampir setiap hari kita baca tentang individu yang tertipu dengan scammer sehingga mereka kerugian ratusan, ribuan ringgit. Kita mungkin terfikir kebanyakan yang dapat panggilan daripada scammer ini makcik, pakcik, nenek atau atuk yang dah pencen tapi sebenarnya polis pun tak terlepas daripada dapat panggilan daripada mereka.

Baru-baru ini, video dimuat naik oleh Polis Kedah di Facebook dan Youtube mendapat perhatian ramai netizen di media sosial. Video itu adalah rakaman perbualan antara seorang Korporal bernama Suraya dan lelaki scammer yang menyamar dari Jabatan Kastam Pelabuhan Klang.

Sekarang ni Cik disambungkan dengan Jabatan Kastam Pelabuhan Klang. Saya pegawai kastam Yusri bin Mohamad.”

Call2

Video berdurasi lebih 9 minit itu dirakam sendiri oleh Korporal Suraya dan scammer itu memaklumkan kepadanya ada barang yang ditempah dari China ‘tersangkut’ di Kastam Pelabuhan Klang.

Sebelum itu, dia turut meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan Korporal Suraya untuk buat ‘pengesahan’. Katanya, Korporal Suraya telah membeli barang dari China bernilai lebih RM15,000 dan dikenakan ‘cukai’ hampir RM4,000 di kastam.

Cik ada buat pembelian barangan daripada negara China. No siri 490003219/PA/2020 yang berharga RM15,399 dan telah dikenakan cukai sebanyak RM3,980 dan didaftarkan atas nama Suraya binti Rosli.”

Call4

Korporal Suraya kemudian cakap yang dia taknak bayar sebab dia tak beli pun barang seperti dinyatakan tersebut. Terus scammer tu kata, namanya akan kena ‘blacklist’ kalau Korporal Suraya enggan bayar juga. 

Kalau Puan tak buat pembayaran cukai ini, nama Puan akan di blacklist kan. Dan bank bank yang di atas nama akaun Puan akan disenarai hitamkan.”

Bila Korporal Suraya minta nombor kad pengenalan dia pula dia masih cuba untuk ‘berlakon’ untuk menakutkan tapi pada masa yang sama tak habis-habis ulang pasal nama akan di ‘blacklist’.

Akhirnya, scammer itu sendiri give up dan terus matikan panggilan telefon tersebut. Korang boleh tonton video di bawah:

Video itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Ada yang tertawakan scammer tu, ada yang kongsi pengalaman mereka dan ada juga yang berasa pelik kenapa pihak berkuasa tak boleh nak kesan nombor-nombor dan panggilan yang dibuat scammers.

Baca: Pakar Kongsi 5 Cara Untuk Elak Dari Ditipu Scammer Duit

Dd 15

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Terkini

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Syaz Ft 55

    Lakukan Perbuatan Syirik Di Batu Caves, Aliff Daniel Adli Diarah Masuk Pusat Pemurnian Akidah

  • Dai Syed Bebas Rogol Ft

    “Mangsa mempunyai beberapa peluang…” – Ini Sebab Da’i Syed Diketepikan Sabitan R*gol

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft 54

    “Dari InshaAllah ke Alhamdulillah” – Abdul El-Sayed Cipta Sejarah Jadi Senator Muslim Pertama Dewan Senat AS

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 12

    2.14 Bilion e-Invois Dah Dikemukakan! Lebih 97,000 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Cukai Tertunggak

  • Ana Sr 11

    Nak Cari Maklumat Sekolah Anak? Portal Sekolahku Himpunkan Info Sekolah Dalam Satu Platform

  • Ana Sr 10

    Bukan Sekadar Menabung, Bank Rakyat Kongsi Rahsia Kewangan Tenang!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft

    “Ingat dah terhapus dalam industri…” – Amir Ahnaf Sebak, Tak Sangka Masih Diterima Penonton!

  • Ft Zahirah Mohon Maaf

    “Satu pengajaran besar buat saya” – Zahirah Macwilson Tak Tahan Air Mata, Mohon Maaf Atas Ketelanjuran Kata

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube