Sukan SEA 2017 kali ini bukan sahaja memaparkan jaguh-jaguh atlet yang berbakat besar di gelanggang, namun pada masa yang sama memperkenalkan atlet dari kerabat diraja luar negara yang tak kurang kacak dan jelitanya.
Antara atlet kerabat diraja yang paling menyerlah dan mendapat perhatian hangat ialah Putera Abdul Mateen Bolkiah dari Brunei Darussalam. Sebut nama pun dah bergetar jantung akak-akak semua kan?
Kemunculannya di Taman Ekuestrian Putrajaya pada Ahad lalu telah disambut dengan jeritan dan kegilaan peminat tempatan yang berpusu-pusu ingin berswafoto dengannya.
Menurut The Star, Putera Abdul Mateen bakal mewakili negaranya dalam acara polo ekuestrian pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti. Namun bukan beliau saja yang akan mewakili negaranya, kekanda Mateen, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, Pengiran Muda Abdul Qawi, 43, dan Faiq Jefri Bolkiah, 19 juga di antara ahli pasukan polo Brunei.
Pada Ahad lepas, sebuah rakaman video Putera Mateen dilihat keluar dari khemah untuk bersalaman dan bergambar bersama peminat tular di media sosial.
Peminat kepada putera raja yang berusia 26 tahun itu kedengaran menjerit-jerit setelah melihat putera tersebut sanggup meluangkan sedikit masa untuk bermesra dengan mereka selepas sesi latihan bagi perlawanan dengan pasukan Singapura tidak lama lagi.
Netizen yang kebanyakannya terpaku dengan wajah tampan Putera Mateen menyifatkan putera raja itu sebagai baik hati dan merendah diri.
Emm bukan main korang ye??
Putera Mateen yang kini mempunyai sebanyak 509,000 pengikut di Instagram telah menjadi muka kulit hadapan bagi beberapa majalah terkenal seperti GQ Thailand, Elite Daily dan Mashable dengan jolokan sebagai kerabat di raja yang kacak dan ‘hot royal’.
Hari ini, pasukan polo Brunei bakal berentap dengan pasukan Malaysia yang juga diwakili Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, dari Thailand juga bakal mewakili negaranya bagi acara ‘dressage portion’ yang bakal berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos.
Terdahulu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memenangi pingat emas bagi acara equestrian edurance pada Ahad lepas.
Baca: Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia