17 Mac lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dalam satu sidang khas baru-baru ini.
Sebagai tanda penghargaan, pihak-pihak kementerian juga kongsikan semula sebagai tanda terima kasih. Salah satu peruntukan yang diberikan adalah kenaikan Elaun Pekerja Cacat dari RM1,200 ke RM1,500.
Tetapi selepas beberapa hari ia diumumkan, tiba-tiba wujud pula satu pertikaian dalam kalangan netizen apabila perkongsian semula Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat pasal PEMERKASA ini.
Elaun Pekerja Cacat
Ia menjadi pertikaian apabila istilah ‘Cacat’ itu digunakan dan ramai netizen mengecam dengan penggubanaan istilah tersebut kerana dianggap kasar. Bagi mereka adalah lebih baik jika ia digantikan dengan ‘Kelainan Upaya’.
Foto yang asalnya dikongsikan di laman Instagram rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini difahamkan telah dipadam, namun viral semula di Twitter dan meraih 3,546 retweets dalam masa sehari.
Disrespectful – Netizen
Tapi kan, elaun ini sebenarnya dah lama dah wujud, tapi kenapa baru sekarang dah jadi pertikaian eh?