in

“Kemelut politik terjadi sebab rakyat salah pilih pada PRU14” – Zahidi

Aa 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia bukan sahaja berdepan dengan penularan wabak Covid-19, malah isu kemelut politik negara seakan tiada noktahnya.


Rentetan polemik politik yang berlaku di negara kita ini, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, masalah politik ini tercetus akibat kesilapan rakyat sewaktu pilihan raya umum (PRU-14) lalu.

A 5 11

 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyifatkan keadaan politik kini mampu memburukkan ekonomi negara dan menjejaskan pelaburan asing.

Dia berkata demikian setelah ditanya pemberita berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang menuntut ahli politik supaya berhenti bermain politik demi menjaga kestabilan negara.

“Pertama sekali, itu saranan Yang di-Pertuan Agong kita kena ikut, tetapi situasi sekarang 50-50, jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi kurang baik dan yang buat keadaan jadi macam ini adalah rakyat.”

“Rakyat yang undi 50-50 ini dulu dan rakyat kena tipu,”

A3 1 8

 

Jangan menghukum ahli politik

Pada masa yang sama, Zahidi sempat berpesan kepada rakyat supaya tidak cepat menghukum ahli politik. Beliau berpendapat ahli politik sedang giat menjalankan tugas untuk memperbetulkan keadaan sedia ada.

“(PH janjikan) tol percuma, harga barang turun tetapi benda itu tak semua berlaku dan rakyat yang buat keputusan (mengundi PH) dan keadaan hari ini dari keputusan rakyat.”

“Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan,”

A4 1 1

 

Zahidi dan semua ahli parlimen Barisan Nasional dan Umno ditemui semasa mesyuarat di bangunan Umno, Kuala Lumpur semalam susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam, yang menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Sumber: Malaysia Kini

 

Baca: “Mungkin pendapat saya disalah tafsir” – Zahidi Akhirnya Mohon Maaf Pada Veveonah Di Dewan Negara

A5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.