in

Kematian Pempengaruh Taiwan: Namewee Ada ‘Hubungan Istimewa’ Dengan Mangsa – Polis

namewee ada hubungan istimewa dengan pempengaruh taiwan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis memaklumkan pengarah dan penyanyi Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita dari Taiwan yang ditemui maut di sebuah hotel Kuala Lumpur, pada bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya mendapati Namewee telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini.


“Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu (Namewee) memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

“Kita juga telah merakam keterangan semua saksi yang terlibat dalam kes ini,” jelasnya yang turut mengatakan Namewee memberi kerjasama dalam membantu siasatan.

Artikel berkaitan: Namewee Muat Naik IG Story, Maklum ‘Serah Diri’ Ke Balai Polis Bagi Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan

Artikel berkaitan: Namewee Ditahan Polis Positif 4 Jenis D*dah, Nama Terkait Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan

51755672332 FadilMarsus

Mayat mangsa belum dituntut keluarga

Mengulas lanjut, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi. Beliau turut memaklumkan, mayat mangsa sehingga kini masih belum dituntut oleh keluar.

“Ada individu yang cuba menuntut (mayat) tetapi dibenarkan kerana tiada authorization. Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan.”

Polis juga akan kemukakan cadangan pertuduhan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat sebaik kertas siasatan dilengkapkan.

Semalam, media melaporkan Namewee disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Terdahulu, kes kematian pempengaruh Taiwan yang dikenali sebagai Iris Hsieh diklasifikasikan mati mengejut (SDR) namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.