Bagi orang-orang yang membesar pada zaman 90-an, kumpulan pelawak Senario memang sangat dekat di hati mereka. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1996 ini merupakan finalis pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum meraih populariti melalui program TV yang turut dinamakan Senario.
Bukan hanya program TV dan filem-filem Senario sahaja yang telah mendapat sambutan sehingga hari ini, malah lagu-lagu yang dipopularkan oleh kumpulan ini juga turut menjadi siulan ramai sehingga ke hari ini.
Pada artikel kali ini, kita akan throwback semula lagu-lagu Senario yang pernah popular. Macam yang korang tahu, walaupun lagu-lagu kumpulan ini ada lawaknya, ia juga turut menyelitkan kritikan dan nasihat kepada masyarakat tau. Jom tengok!
Artikel berkaitan: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu
Artikel berkaitan: “Nada melawak tak sangka memang betul” – Ahli Senario Akui Terkesan Kehilangan Hamdan
1. Cepat Kaya
Lagu Cepat Kaya dari album Senario 3 Seantero ini telah memberi kritikan kepada skim cepat kaya yang sangat popular pada awal 2000-an dulu.
Ia menceritakan macam mana seseorang itu telah bekerja keras untuk menipu mangsa-mangsa bagi mengaut keuntungan mudah namun penipuan tersebut telah menjerat diri sendiri sehingga masuk ke dalam penjara.
Kalau korang nak tahu lagu Cepat Kaya ni berjaya masuk ke final Anugerah Juara Lagu pada tahun 2000 tau!
2. Boria Miskin Kaya
Lagu Boria Miskin Kaya ini memang kedengaran biasa tapi liriknya agak menusuk apabila mereka mengatakan yang ramai orang telah berpura-pura miskin untuk menipu yang kaya sementara itu yang ada duit pula berlumba untuk jadi lebih kaya.
Selain itu, mereka juga turut mengatakan kaya atau miskin tak ada beza, malah duit juga tak boleh nak beli tiket untuk ke syurga. Ha tahu takpe!
3. Dikir Barat Siang Malam
Dikir Barat Siang Malam, ini menceritakan situasi masyarakat yang bekerja di siang hari tapi turut menyindir orang di waktu malam ada yang kerja tapi ada juga yang menggunakan waktu tersebut untuk berjudi, berlumba haram atau membuat jenayah.
Lagu ini turut menasihatkan orang ramai untuk tidak berbuat benda yang tidak elok kerana hidup ini lumrah ada pasang surutnya.
3. Sebelum dan Sesudah
Lagu Sebelum dan Sesudah ini menceritakan tentang kehidupan seseorang yang hanya berjanji dan bersungguh-sungguh sebelum dapat sesuatu tapi lepas dah dapat, tak hargai.
Tak cukup dengan itu, lagu ini juga turut mengkritik suami yang berjanji untuk hidup bersama tapi lepas kahwin sibuk nak cari perempuan lain dan ada juga lelaki yang bila dah berkeluarga dah malas nak menghabiskan masa dengan isteri.
Lagu ini turut menyelitkan nasihat supaya kita tak lupa untuk terus bersyukur dan bukan hanya ingat Tuhan ketika dalam kesusahan.
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan.”
4. Lip Lap Lip Lap
Lip Lap Lip Lap ini merupakan satu lagu nasihat yang dibuat seperti seorang abang menasihati adiknya. Lagu ini menasihati orang untuk tidak terleka dengan dunia dan perlu mencari ilmu supaya dapat menjadi orang berguna dan dihormati.
Ia juga turut menasihatkan orang ramai untuk tak lupa ibu bapa bila dah berjaya supaya usaha yang dibuat diberkati.
5. Motor Kapcai
Lagu Motor Kapcai ini merupakan kritikan kepada anak-anak muda yang sering membuang masa dengan menunggang motor, kacau perempuan dan terlibat dalam lumba haram.
Selain itu ia turut menyindir orang yang naik motor tanpa cukai sehingga menyusahkan orang lain seperti terpaksa minta tolong bapa untuk dikeluarkan dari lokap selepas ditangkap.
Luar balai cangkung ramai-ramai
Motor kapcai habis kena rantai
Sorang-sorang masuk dalam lokap
Duduk diam tak boleh bercakapTolonglah bapa minta tolong bayar saman
Aku dah serik naik tanpa cukai jalan
Sumber: The Vocket