in

Kejam! Majikan Ikat Pembantu Rumah Pada Pokok HANYA Sebab Biarkan Perabot Mahal Kena Cahaya Matahari

Featured 31

Seorang wanita Filipina yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk sebuah keluarga kaya di Arab Saudi ‘menderita’ selepas menerima hukuman yang memalukan daripada keluarga tersebut.

Lovely Acosta Baruelo, 26 tahun didakwa telah menyebabkan kemarahan bekas majikannya itu  selepas dia meninggalkan perabot mahal di luar rumah di Bandar Riyadh.

 

Diikat pada pokok dan dibiar bawah terik matahari

Salah seorang rakan kepada Lovely sempat mengambil gambar yang menunjukkan wanita itu diikat pada pokok di kawasan taman sekitar rumah keluarga tersebut pada 9 May lalu.

1 18
Sumber : metro. Co. Uk

“Saya berharap bekas majikan saya akan mendapat karma atas segala perbuatan salah yang dilakukannya”

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menolong saya. Saya juga ingin meminta bantuan untuk rakan saya yang masih berada di sana”

Lovely juga sempat berkongsi perbuatan ‘kejam’ yang dilakukan bekas majikannya itu. Meskipun bekas majikannya itu berada mempunyai masalah kesihatan.

Kau orang tua akan dapat karma, tunggu sahaja. Dia selalu memotong gaji kami. Itulah sebab dia selalu mempunyai masalah kesihatan. Ini karma atas semua perlakuan salah yang dia lakukan”

 

Keluarga tersebut memang suka ‘cederakan’ pekerja walaupun lakukan kesalahan kecil

Difahamkan yang keluarga itu menghukum Lovely dengan cara menunjukkan apa kerosakan yang matahari boleh lakukan. Sama seperti dia tinggalkan perabot mahal milik keluarga tersebut.

Malah pekerja-pekerja di sana juga didakwa akan dicederakan walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil.

4 7
Lovely kini tidak lagi bekerja dengan keluarga arab tersebut, malah sudah berada bersama keluarganya di filipina

Salah seorang rakannya telah merayu di Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina supaya menghantar Lovely pulang ke pangkuan keluarga di La Union, Filipina. Malah Kedutaan Filipina di Riyadh juga telah mendapat laporan tentang kes Lovely pada hari sama.

Lovely dah pun selamat sampai ke Manila pada 8.55 malam, 9 May.

Dianggarkan seramai 2.3 juta warga Filipina bekerja di Timur Tengah dan Afrika dengan lebih separuh daripada jumlah tersebut merupakan golongan wanita.

 

Baca : Pembantu Rumah Rompak Majikan yang Terlantar Sakit, Ugut Bunuh dan Potong Puting

1111