in

Kejam! Ibu Cekik, Pijak Leher Anak Sambil ‘Video Call’ Dengan Suami Sebab Bengang Tak Jawab Panggilan

Ft Cekikanak

Seorang ibu di Thailand baru-baru ini mengejutkan ramai orang selepas dia bertindak mendera anaknya secara fizikal ketika membuat panggilan video. Menurut laporan, wanita itu bertindak sedemikian sebab marah dengan suaminya yang tidak menjawab panggilannya sebelum itu.

Difahamkan, suaminya berada di Bangkok atas urusan kerja dan ketika dihubungi dia tidak menjawab panggilan isterinya. Disebabkan itulah, wanita tersebut menggunakan anak perempuan mereka berusia 3 tahun bagi menakutkan dan membuatkan suaminya rasa bersalah.

Ketika itu, dia buat panggilan video kepada suaminya dan selepas dijawab, wanita tersebut mula mendera anaknya dengan mencekik dan memijak leher kanak-kanak berkenaan berkali-kali menggunakan kakinya.

Dera1

Dera2

Video itu kemudian tersebar di media sosial dan menjadi viral serta merta selepas netizen terkejut dan berasa marah dengan tindakan wanita berkenaan. Melalui video itu, anak perempuannya itu didengari merintih kesakitan dan menangis-nangis, malah turut pengsan selepas diperlakukan sedemikian oleh ibunya.

Bukan itu saja, ketika akhir video dia turut memaksa anaknya untuk melutut dengan tujuan agar suaminya naik angin. Keluarga suaminya yang tonton video tersebut selepas ia viral di Facebook berasa sangat marah dan terus menghubungi polis melaporkan insiden terbabit.

Kanak-kanak itu kemudian diambil oleh keluarga lelaki berkenaan dan selepas rasa bersalah, wanita terbabit pergi ke rumah keluarga mentuanya untuk meminta maaf.

Dera3

Dera4

Bagaimanapun, mereka tidak memaafkannya dan betul-betul marah serta mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya. Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut dan wanita berkenaan telah didakwa atas tuduhan serangan, yang melanggar Akta Perlindungan Anak.

Menurut laporan, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berusia satu tahun yang kini tinggal dengan ibu bapa wanita berkenaan. Pasangan itu pada asalnya tinggal di Bangkok sebelum berpindah ke wilayah Roi Et.

Baca: Dera Anak Hingga Berat Badan Tinggal 18KG Ketika Mati, Suami Isteri Ke Tali Gantung

Ft Dera