in

KEJAM GILA! Ada Individu Kerat Kaki Kucing Pakai Pisau & Biarkan Mati Tepi Tangga

Ft Kucing 3

Setiap kali keluar berita tentang kelakuan kejam individu tak bertanggungjawab terhadap haiwan, rasa marah membuak-buak di dada kan?

Baru-baru ini, seekor kucing dijumpai mati selepas kepalanya tersepit di bawah roller shutter dipercayai angkara seseorang yang sengaja menahan haiwan itu ketika shutter turun.

Kali ini, seekor kucing dijumpai mati dalam keadaan menyedihkan di tepi tangga sebuah blok apartmen di Sengkang, Singapura. Melalui Instagram, seorang aktivis haiwan berkongsi tentang penemuan mengejutkan itu di mana salah seorang sukarelawannya dihubungi oleh tukang cuci yang menjumpai kucing terbabit.

Cat5

Cat1

Tukang cuci itu terkejut apabila terjumpa kucing itu yang telah dan berlumuran darah. Dia kemudian menyimpan bangkai kucing tersebut untuk diberikan kepada sukarelawan tersebut dan membersihkan kawasan kejadian yang dipenuhi darah.

Bukan itu saja, salah satu kaki kucing tersebut telah dipotong dan dicampak berhampiran kawasan tersebut. Aktivis bernama Fiona itu bersama sukarelawan berkenaan ke lokasi kejadian dan cuba mencari senjata yang digunakan untuk memotong kaki kucing terbabit.

Cat3

Cat2

Mereka kemudian jumpa pisau dapur di sebalik pintu berdekatan tangga tempat kucing itu ditemui. Menurut Coconuts, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan menurut Fiona, siasatan sudah mula dijalankan sejak semalam.

Siasatan telah dimulakan, Rakaman CCTV di lokasi itu telah diperolehi. Saya akan follow up untuk pastikan pelaku yang melakukan perbuatan kejam ini ditangkap dan didakwa.”

Cat7

Kata Fiona lagi, berdasarkan ‘potongan’ yang dilihat pada kaki kucing tersebut, ia sememangnya dipotong dan bukan terputus. Beberapa kumpulan aktivis haiwan lain turut tahu tentang insiden itu turut meminta orang awam yang ada maklumat atau menjadi saksi untuk tampil membantu siasatan.

Ya Allah tak faham kenapa kejam sangat?!!!

Baca: “Tak sanggup nak tengok…” – Kucing Jalanan Mati Tersepit Di ‘Roller Shutter’ Sebuah Bank Di Johor, Dipercayai Angkara Khianat?

Ft Kejam

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram