Hari ini, gempar di media sosial apabila terdapat satu kebakaran berlaku di Bangsar, Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurut laporan Kosmo!, kebakaran tersebut melibatkan sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama 6 kira-kira pukul 11.44 pagi tadi.
Artikel berkaitan: Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long
Artikel berkaitan: Tular Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan, Rupanya Buat Untuk Dapatkan Rating Tinggi Di TikTok
Seorang melecur, restoran nasi kandar di Bangsar hangus terbakar, pagi tadi – Bomba KL
📹Video awam pic.twitter.com/nZoLB8zZwl
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) March 6, 2024
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu dan operasi melibatkan enam buah jentera beserta 44 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, Seputeh, Jalan Hang Tuah, Sri Hartamas.
“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 11.51 pagi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar yang musnah 70 peratus.
Terdapat seorang lelaki dewasa berusia 45 tahun melecur 80 peratus di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Difahamkan, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.40 tengah hari dan punca kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.
Sebelum ini, tular beberapa gambar di aplikasi X yang memaparkan kepulan asap di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo!