in

KECOH! ‘Wanita’ Separuh Bogel Menari Atas Tong Dalam Pesta Arak Dan Bogel Di Pulau Perhentian, Tapi Polis Kata…

Featured 8

“Gambar yang dimuatnaik itu adalah gambar lama tahun 2017 lagi. Tarian tu dibuat seorang ‘pondan’ dan tidak dianjur oleh siapa-siapa pun.”

 

Itu kenyataan yang diberikan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berhubung penularan video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet dipercayai di Pulau Perhentian.

Ia sekaligus menafikan mengenai penganjuran pesta separuh bogel seperti dalam video dan gambar yang viral sejak ahad, lapor Awani.

71564898210 Freesize
Sumber: facebook

Hasil siasatan polis juga mendapati tiada aktiviti seperti yang didakwa berlaku di pulau peranginan tersebut, sebaliknya ia merupakan video lama.

Gambar yang dimuatnaik itu adalah gambar lama tahun 2017 lagi. Tarian tu dibuat seorang ‘pondan’ dan tidak dianjur oleh siapa-siapa pun. Pondan’ itu dalam keadaan mabuk dan secara spontan saja dia menari di tepi pantai di atas tong. Gambar itu dimuatnaik pada tahun 2017 lagi berlaku.”

Katanya, pondan tersebut juga telah dikenalpasti malah tidak ada penganjuran pesta arak dan tarian bogel di mana-mana resort atau bar di Pulau Perhentian.

“Video tersebut telah dimuat naik seorang wanita yang dikenali sebagai Ana Simon yang berumur awal 30-an, melalui akaun Facebook palsu bernama Nur Amanina Abdul Razak (Terengganu).

“Siasatan polis mendapati, wanita berkenaan memuat naik semula video tersebut bertujuan memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri Terengganu, kerana permohonan dia untuk membuka kedai urut di pulau peranginan itu (Pulau Perhentian), tidak mendapat kelulusan PBT,”

67753142 1299064696937904 6214632740315201536 N
Sumber: facebook

Katanya polis kini masih menjalankan siasatan dan sedang mengenalpasti pemilik sebenar akaun tersebut.

Sejak Ahad lalu viral di media sosial video dan gambar ‘wanita’ menari dalam keadaan separuh bogel bersama dengan seorang lelaki di pusat peranginan tersebut.

Video tersebut turut memperlihatkan sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian separuh bogel melakukan aktiviti serupa.

 

Macam-macam hal lah! Lain kali kalau nak berjoget sangat pi beli maskot harimau ke, kucing ke, gajah ke kan comel.

Baca : Tiada kaitan dengan ilmu hitam Kisah Sebenar Kes Pembunuhan Sensasi Mona Fandey, Kuasa Mistik Hanya Mitos?

Makan