in

Kecoh Kes Kluster Genting, Dr Noor Hisham Perjelas Ia Berpunca Dari Warga Asing Merentas Negeri Ke Genting Highlands

Kluster Genting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial peningkatan kes di Genting Highlands secara mendadak sehingga menyebabkan beberapa kawasan di sana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Susulan viral berita tersebut, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi tweetnya memperjelaskan bahawa Kluster Genting yang dikenal pasti tersebut rupa-rupanya tercetus akibat daripada kes indeks, seorang warga asing Bangladesh rentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya dan seterusnya menjangkiti mereka. Aduh…. 

Kluster Genting dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut,” katanya.

Atm Barbed Wire Taman Sri Murni Selayang Kuala Lumpur Covid 19 Emco 200420 Fmt 1

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan pada 4 Disember lepas, kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang membabitkan daerah Titiwangsa dan juga Bentong apabila kes indeks tersebut (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan di tempat kerja.

Susulan perkara tersebut, kerajaan kemudian bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini.

131620353 430749155001133 7226514808766310024 O

Rasanya dengan kemunculan kluster ini, min rasa eloklah kalau mereka yang duduk di kawasan merah tu jangan rentas negeri kalau tak ada perkara penting. Kesian frontliners kalau dah jadi macam ni. 

Baca: “Elakkan kenduri, perjumpaan besar keluarga” – Boleh Rentas Negeri Tapi Orang Ramai Disaran Tangguh Balik Kampung

Daerah

Sumber: FMT
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.