in

“Kecil-kecil cili padi” – Si Bulus Tak Gentar, Berjaya Usir Gajah 4 Tan Ceroboh Masuk Halaman Rumah Tuannya

Ft Gajah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang ada memelihara haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan sebagainya dengan penuh kasih sayang, sudah tentu haiwan-haiwan ini akan ‘setia’ dan boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka demi melindungi tuannya.


Begitu juga dengan si bulus ini yang dikatakan tidak gentar apabila berhadapan dengan seekor gajah dewasa yang cuba untuk menceroboh masuk ke dalam kawasan halaman rumah tuannya baru-baru ini.

 

Simba halau gajah seberat 4 tan

Menurut Daily Mail, kucing tersebut yang yang diberi nama “Simba” berjaya dirakam oleh jiran di kawasan perumahan itu gara-gara aksi ‘beraninya’ untuk menghalau seekor gajah seberat 4 tan yang menceroboh di halaman rumah pemiliknya.

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Nakhon Nayok, Thailand pada malam Selasa yang lalu.

Gajah

 

Marah gajah pecah masuk rumah pemilik

Simba yang berusia 3 tahun itu menjadi marah apabila gajah tersebut cuba memecah masuk ke halaman rumah tuannya untuk mencari makanan dan merosakkan halaman tersebut dalam masa yang sama.

Walaupun bersaiz kecil, si ‘kucing penjaga’ itu kelihatan langsung tidak takut apabila berhadapan dengan si jumbo yang berkali-kali ganda lebih besar darinya dan mampu untuk membunuh manusia hanya dengan satu pijakan sahaja.

Malah, ia menonjolkan ‘wajah’ yang garang dan agresif ketika mara kehadapan untuk menghalau gajah itu keluar dari kawasan tersebut.

Apa yang lebih menakjubkan, gajah tersebut yang kelihatan baru sahaja menumbangkan sebatang pokok yang ditanam di halaman rumah tersebut kelihatan gerun dan pulang dengan ‘tangan kosong’ gara-gara terpaksa berundur selepas ‘digertak’ oleh Simba.

Feat Gajah

Wow, kecil-kecil cili padi!

 

Sebenarnya tinggal dalam hutan, tetapi suka merayau

Menurut penduduk di situ, gajah ‘pengacau’ yang berusia 35 tahun itu diberi nama sebagai “Pai Salick” oleh mereka. Gajah tersebut dikatakan memang terkenal di kawasan itu gara-gara suka menceroboh dan merosakkan halaman rumah penduduk untuk mencari makanan.

Renjer hutan di situ, Amnat Norasin berkata, gajah liar itu sebenarnya tinggal di dalam kawasan hutan yang berhampiran. Tetapi, ia selalu keluar dari hutan tersebut pada waktu malam untuk mencari makanan. Penduduk di sana juga sudah biasa dengan kelibat Pai Salick yang selalu merayau-rayau di kawasan itu.

Gajah 2

 

Menurut pemilik kucing tersebut pula, kucing peliharaannya itu sememangnya agak agresif dan tidak gemar apabila ada haiwan lain masuk ke dalam kawasan ‘jajahannya’.

Dianggarkan sebanyak 2,000 ekor gajah liar yang tinggal di kawasan hutan di seluruh Thailand. Gajah-gajah liar ini dikatakan gemar merayap sehingga jauh ke dalam hutan.

Namun, timbulnya ‘konflik’ apabila gajah-gajah liar ini merayau sehingga tersesat masuk ke kawasan perumahan manusia dimana mereka akan merosakkan hasil tanaman dan kebun-kebun penduduk untuk mencari makanan.

Hmm kesian jugak, kadang-kadang habitat liar diceroboh sampai tersesat pulak masuk kawasan manusia sebab nak cari makan. 

Baca: “Anjing setia” – Anjing ‘Redah’ 100KM Selama Seminggu Demi Pulang Ke Rumah Pemilik

Baca Kucing 2

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.