in

“Kecik-kecik dah pandai” – Ramai Terkejut Baca Whatsapp Budak Darjah Dua ‘Menggatal’

Page1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, telefon pintar sudah boleh dianggap keperluan untuk memudahkan urusan semua orang. Smartphone menghubungkan kita semua dalam apa-apa urusan sekalipun termasuklah pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya.


Sebelum ini, pelajar sekolah juga memerlukan telefon pintar bagi tujuan pembelajaran atas talian atau PdPR. Namun, penggunaan smartphone oleh murid sekolah, terutamanya sekolah rendah perlulah sentiasa dipantau supaya matlamatnya tidak terpesong.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Suziana Basa telah berkongsikan beberapa keping foto perbualan budak darjah dua yang bermanja dengan kekasihnya di Whatsapp. Awal sangat nak menggatal tu dik…

https://www.facebook.com/suziana.christopher/posts/10221909239345570?__cft__[0]=AZWnJzKTGQ2B9X13GG7cYrgRNRzgA058NH0-X5t_c4O4hJL7c1tjnt748rRwgBgRTlSlS7UMmeQs9oINiruQW5LGyqVDoDUcPu7DkaeQWvOjCjld9iz17nzHdi4PFpPq1k8&__tn__=%2CO%2CP-R

Wanita itu turut menyatakan bahawa perkara itu sekaligus membuka matanya untuk semak telefon bimbit anak-anaknya kerana bimbang perkara yang sama berlaku di luar pengawasannya. Dia turut menggalakkan ibu bapa untuk menyemak kandungan telefon pintar anak-anak mereka.

“Jangan call, nanti ayah ambil balik phone”

Turut dilihat pada gambar tersebut, murid darjah dua itu dilihat bersembang dengan ‘kekasihnya’ dengan mesra, di mana ia agak kurang bersesuaian dengan umur mereka yang masih muda. Tapi dalam pada mesra tu, nampak takut jugak kalau ibu bapa rampas balik telefon tu, ya?

Dalam perkongsian seterusnya, Suziana menegaskan bahawa tujuannya berkongsikan gambar tersebut bukanlah berniat mengaibkan kanak-kanak itu, namun sekadar peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka terhadap apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka melalui smartphone.

Sejujurnya saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini.

Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak untuk memudahkan proses PdPR. Tapi kita lupa atau lalai untuk terus memantau.”

Sudah tentulah tidak salah jika telefon pintar itu diberikan kepada anak-anak kecil untuk tujuan pembelajaran. Namun, kita selaku orang dewasa tidak boleh lalai untuk memerhatikan perisian yang dilihat mereka supaya perkara begini boleh dielakkan.

Yelah, kita dulu pun mungkin ada yang bercinta jugak, tapi ini darjah dua dah mesra macam tu sekali, tak manislah kan?

Baca: “12,000 langkah sehari kalau nak main game” – Cara ‘Parenting’ Wanita Ini Dikecam, Netizen Kata Mendera Anak?

Zza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.