Menurut Iluminasi, penyakit coronavirus ini mula dikenalpasti bila Wuhan Municipal Health Commission melaporkan 27 kes pneumonia dan antara dorang semua ada satu persamaan, iaitu mereka atau orang terdekat pernah pergi ke pasar basah Huanan tempat menjual daging mentah haiwan eksotik.
Seperti pasar basah Huanan, di Indonesia juga terdapat satu pasar yang dikatakan lebih ekstrem dari pasar di Wuhan itu. Ia dikenali sebagai Pasar Tomohan yang terletak di daerah Sulawesi, Indonesia.
Bayangkan saja, di Pasar Tomohan ini segala jenis daging haiwan ada dijual, termasuklah kelawar dan ular yang dikatakan sebagai punca coronavirus tersebar.
Seorang ahli biologi yang dah bersara menceritakan pada Daily Mail tentang pengalamannya melawat pasar ini.
Menurutnya, bukan saja penjual di pasar ini menjual daging haiwan-haiwan eksotik, mereka juga turut membunuh haiwan-haiwan ini di hadapan pengunjung-pengunjung pasar.
Bukan je haiwan-haiwan dekat sana dilayan dengan kejam, tapi cara dorang jugak memang berisiko untuk sebarkan parasit dan penyakit merbahaya.”
Pasar Tomohan ini turut menjual daging haiwan-haiwan yang semakin pupus seperti monyet, kelawar, burung ular dan macam-macam lagi.
Kalau korang jalan dekat sana, korang boleh tengok tikus-tikus yang biasanya korang nampak dekat belakang-belakang lorong tu, dorang jual macam sate.
Bukan tu je, haiwan-haiwan peliharaan macam kucing dan anjing turut diseksa dan dagingnya dijual untuk dimakan. Dikatakan, anjing dan kucing yang dijual di pasar ini telah dicuri dari pemilik dorang sebelum dibawa secara haram ke pasar ekstrem ini.
Pasar Tomohan ini juga pernah disenaraikan sebagai tempat menarik yang perlu dikunjungi di TripAdvisor sehingga kempen kebajikan haiwan membuat aduan dan menurunkan pasar ini dari senarai.
Pun begitu, penjualan di sana terus berlangsung dan kerajaan di sana juga tak cuba untuk menghentikan penjualan ini.
Walaupun ramai rakyat Indonesia mengatakan hanya orang-orang di kawasan Sulawesi saja yang makan haiwan-haiwan seperti ini, ia tetap membimbangkan kerana seperti coronavirus, ia juga bermula dari pasar basah Huanan di Wuhan sebelum ia merebak ke merata negara.
Sampai sekarang pun, masih ramai pelancong-pelancong yang teringin nak pergi pasar ini untuk saksikan sendiri depan mata macam mana penduduk dekat sana jual beli daging haiwan-haiwan eksotik tersebut.
Takutlahhh
Baca: “500 dijangkiti, 17 kematian” – Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China