in

”Kebanggaan negara” – Biarpun Tidak Mara Ke Peringkat Seterusnya, Kepulangan Skuad Harimau Malaya Dari Piala Asia Disambut Meriah

2Hm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saingan Malaysia di Piala Asia telah berakhir baru-baru ini. Biarpun kita hanya membawa pulang 1 mata dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, keputusan seri dengan mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan 3-3 itu cukup bermakna buat seluruh peminat bola sepak negara kita.

Selepas menamatkan saingan, pasukan Harimau Malaya dibawah kepimpinan ketua jurulatih Kim Pan Gon, kembali ke tanah air semalam. Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut dengan meriah dengan kehadiran penyokong yang tetap memberi sorakan kepada mereka. Ikuti video @bernamadotcom dibawah.


Artikel berkaitan: Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran

Artikel berkaitan: Seri 3-3 Dengan Korea Selatan, Bukan Pencapaian Terbaik Harimau Malaya! Ini 5 Kisah Gemilang Skuad Negara

Kebanggaan negara

Biarpun hanya membawa pulang 1 mata, kepulangan skuad Harimau Malaya disambut meriah. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara di pentas Piala Asia!

Screenshot 2024 01 27 At 2.26.12 PmIni betul. Kalau Piala Thomas mesti lagi penuh KLIA ni. Kita sebagai rakyat Malaysia, tetap akan sokong atlet negara kita tak kira apa jua jenis sukan pun. Badminton ke, berbasikal ke, bola sepak ke, memang kita sokong. 

Screenshot 2024 01 27 At 2.26.28 PmPermulaan yang baik untuk skuad Harimau Malaya. Lepas ni boleh fokus kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia yang akan bersambung bulan Mac nanti. Ayuh Harimau Malaya, kita boleh layak secara merit sekali lagi ke Pentas Asia. 

Korang boleh tengok lagi detik kepulangan skuad negara kita dalam hantaran Facebook BERNAMA di bawah.

Screenshot 2024 01 27 At 2.40.24 Pm Screenshot 2024 01 27 At 2.27.53 Pm Screenshot 2024 01 27 At 2.40.41 PmScreenshot 2024 01 27 At 2.40.57 Pm Screenshot 2024 01 27 At 2.40.49 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.