in

Ke Mana ‘Hilang’ Semua Sepanduk, Poster & Banner Selepas PRU15? Ini Jawapannya…

Bahan Kempen Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fenomena ‘perang bendera’ yang memeriahkan suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini sudah tiba di penghujung dan segala poster, risalah, kain rentang dan bendera yang digunakan sebagai bahan kempen hanya digunakan sepanjang tempoh berkempen sahaja.

Menurut laporan Bernama, rata-rata jentera PRU-15, sama ada parti politik mahupun calon bebas mengakui bahawa perbelanjaan besar terpaksa digunakan bagi menyediakan bahan berkempen tersebut.


Pun begitu, pernah tak korang tertanya apakah ‘nasib’ bahan-bahan berkenaan sesudah hari mengundi dan berakhirnya PRU15?

Obj38246539 1667882705

Menurut laporan tahunan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada tahun 2018 iaitu ketika PRU-14, kutipan sisa pepejal meningkat daripada 250,266 tan pada April 2018 kepada 269,042 tan pada bulan Mei 2018.

Pertambahan sisa pepejal meningkat apabila selesai mana-mana pilihan raya kerana kebanyakan bahan-bahan kempen yang digunakan dalam tempoh berkempen hanyalah bersifat sementara.

Menurut pengurus jentera PRU-15 Parlimen Kepong, Lai Chun Chian berkata, pihaknya mencetak sekitar 5,000 poster dan risalah manifesto untuk diedarkan kepada pengundi semasa sesi jelajah calon dan ceramah perdana.

Download 1

“Selain berbelanja besar (untuk bahan kempen), kami juga dikehendaki membayar deposit kepada SPR untuk memasang bahan tersebut di tempat awam”

Tambah Lai lagi, sekiranya poster atau bahan yang ditampal di papan iklan menyebabkan ianya rosak atau melibatkan jumlah kerosakan yang besar, deposit tersebut mungkin tidak akan dikembalikan.

Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24B(4), calon hanya boleh mempamer, memberi dan mengedar bahan kempen di tempat bertanding setelah membayar deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Difahamkan, jumlah yang perlu dibayar untuk deposit bahan kempen berkenaan adalah sebanyak RM5,000 bagi calon Parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kebiasaannya, bahan kempen yang dipasang akan dikutip kembali dan disimpan di dalam stor bagi kegunaan pilihan raya seterusnya ataupun pemilihan parti. Tetapi, sekiranya ada bahan yang rosak, ianya akan dibuang di tapak pelupusan sampah manakala bahan yang elok tetapi tidak boleh digunakan dalam jangka masa panjang akan dihantar ke pusat kitar semula.

Yieoj0Uf Cms Nini 14

Menurut sukarelawan jentera PRU-15 di Parlimen Cheras pula, bukan semua bahan berkempen akan berakhir di tapak pelupusan sampah atau pusat kitar semula.

Sebagai contoh, sekiranya ada baju yang dicetak nama calon, ianya akan disumbangkan ke rumah kebajikan, golongan gelandangan ataupun digunakan untuk tujuan lain manakala sepanduk dan kain rentang akan diberikan kepada peniaga (yang meminta bahan tersebut) untuk dijadikan penghadang matahari.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pengarah Zero Waste Malaysia (ZWM), Khor Sue Yee berkata, cara terbaik untuk mengurangkan pembaziran sewaktu tempoh PRU ialah dengan menggunakan semula bahan kempen tersebut selepas PRU berakhir.

309264594 3358692781029636 8734221672817223491 N

Menurutnya, terdapat dua bahan yang sering dilihat semasa kempen PRU iaitu bahan media am seperti bendera dan poster atau bahan media baharu .

Tambahnya lagi, bahan fabrik merupakan bahan yang paling sukar untuk di kitar semula dan cara terbaik adalah untuk menggunakannya semula untuk tujuan lain atau ditukar milik kepada pemilik lain sekiranya ia tidak boleh disimpan untuk kempen pada masa akan datang.

Sebagai contoh, ianya boleh ditukar menjadi beg guna semula dan boleh disumbangkan kepada kedai tempatan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna atau bahan tersebut boleh dijahit semula untuk dijadikan kain pengelap.

Sumber : Bernama

Baca : NGO Berjaya Keluarkan Sejuta Kilo Sampah Dari Sungai Klang

Sampah Sungai Klang

Sumber: Malay Mail
Sumber: TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.