in

“Kaya tapi tidak bermoral” – Sanggup Sewa Banglo Mahal Untuk Buat Pesta Dadah, Akhirnya Kantoi Dengan Polis!

Parti Pkpp

Sanggup menyewa sebuah banglo mewah demi membuat pesta dadah disebabkan kelab malam tidak dibenarkan beroperasi. Itulah yang dilakukan sekumpulan lelaki dan wanita yang ditahan pihak polis di sebuah banglo di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada Sabtu lepas.

Menurut Awani, 34 lelaki dan 8 wanita berusia 20an hingga 40an itu ditahan sewaktu mereka sedang leka berhibur ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Banglo1

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka menyewa banglo itu untuk menyambut hari jadi salah seorang rakan mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah jenis ketamin di dalam banglo tersebut. Berikutan itu, kesemua mereka telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar SOP semasa PKPP mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Empat lelaki termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis syabu manakala 17 yang lain mempunyai rekod jenayah lampau.”

Komen1 1

Selain itu, pemilik banglo mewah itu juga turut dikenakan kompaun kerana menjalankan perniagaan inap desa tanpa lesen.

“Mereka juga harus memastikan bahawa premis mereka tidak digunakan untuk ‘private party‘ sehingga tiada jarak fizikal seterusnya mengganggu ketenteraman jiran mereka.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (3), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca: “Hidup tau nak seronok je” – Penjawat Awam Ditahan Tengah ‘Syok’ Berparti Liar Ketika PKP

Feature 2 10

Sumber: Awani
Sumber: Facebook