in

“Kaya dengan zat, protin & gizi tambahan,standby ubat cirit ye” – Dah Makan Separuh, Baru Perasan Roti Berinti Ulat.

Edited

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba korang bayangkan, tengah syok korang menikmati roti lembut berintikan rendang ayam yang dibeli di sebuah kedai, rupa-rupanya berintikan ulat.


Kalau admin, mau muntah kat situ juga.

Confirm mesti ada yang pengsan bila ternampak penuh ulat-ulat kecil ‘berzumba’ secara beramai-ramai dalam roti yang tengah korang nikmati.

Video yang admin dapatkan daripada AiskrimPotong ni jelas menunjukkan ‘segerombolan’ ulat kelihatan ‘menari riang’ di dalam roti itu.

Haa korang tengok dan nilaikan sendiri lah ye.

 

“Geli, loya sampaikan rasa nak termuntah masa tengok video sebuku roti ‘berinti’ ulat.”

Itu yang dikongsikan Luqman atau lebih dikenali Loki, menceritakan mengenai klip video sama yang diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp dan seterusnya dikongsi di laman sosial.

“Memang saya terkejut tengok klip video itu. Sebuku roti yang separuhnya sudah dimakan dan lebih menggelikan apabila ulat-ulat dalam roti itu masih sangat aktif,”

Menurut mStar pemuda berusia 21 tahun itu berkata selepas mencari sumber video itu dia lega kerana pengeluarnya bukan dari Malaysia.

“Roti itu bukan dijual di Malaysia. Berdasarkan klip video ia mungkin berlaku di Indonesia”.

“Di mana sahaja pun insiden itu berlaku, roti yang telah lama tidak patut dijual.

“Memang sangat geli dan seperti nak muntah tengok isi roti itu”.

Malah netizen turut berkongsi pelbagai reaksi selepas video tersebut viral di media sosial.

Komen Ulat 1

Komen 2

Paling admin tak boleh blah ada pulak idea suruh letak inti lipas….haishh macam-macam lah idea netizen ni…hahaha

Komen 3
Sumber : aiskrimpotong

Uishh mintak simpang la benda macam ni, tengok lipas terbang pun dah kecut perut apatah lagi tengok ulat beribu-ribu dalam roti.

Baca : Jijik! Patutlah Rasa Masam, Rupa-rupanya Dalam Penuh Kulat

Susu Ada Kulat Yek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.