Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan terhadap kes Allahyarham Zulfarhan dimana 18 penuntut UPNM didapati bersalah dan diperintahkan untuk membela diri.
Susulan itu, hashtag #JusticeForZulfarhan menjadi trending nombor satu di Twitter semalam menzahirkan rasa syukur kerana nasib Allahyarham sekeluarga terbela dan secara tak langsungnya nama UPNM terjejas.
UPNM F*ck ni la yang sanggup korban tenaga masa dan nyawa untuk lindungi korang
Disebabkan kehangatan isu ini masih lagi menjadi buah mulut orang ramai, nama institut pengajian tersebut turut terjejas.
Dalam kemarahan yang membuak-buak pada diri netizen, muncul pula seorang penuntut dari UPNM membela kerana tohmahan yang diberikan terhadap institut pengajian tersebut.
Katanya netizen ni tak tahu apa-apa. Hanya tahu nak kecam sampai lupa jasa UPNM, lepas tu dia juga mempertahankan bahawa penuntut-penuntut UPNM lah yang akan mempertahankan negara dan berkorban untuk lindungi nyawa mereka tahu nak kecam. Baca ni…
Disebabkan kenyataannya, ramai yang mempertikaikan cara mereka melahirkan anggota tentera ni.
Bagi mereka, ragging itu tidak sepatutnya dijalankan sebab perbuatan itu makin melampau bila ada yang terkorban.
Malah isu ini dibangkitkan semula apabila ramai yang menyalahkan orang-orang dalaman universiti tersebut kerana membiarkan kejadian itu berlaku.
Bukan itu sahaja, macam-macam lagi sindiran sinis yang penuntut ini terima. Kan dah mendapat.
Korban untuk protect kitaorang? Kawan sendiri kau tak boleh nak protect – Netizen
Bagi admin lah memang niat individu ini cuma nak menegaskan yang bukan semua penuntut UPNM bersikap sedemikian. Buktinya kita sendiri dapat lihat Akmal Akif tu, insan yang masih ada perkemanusiaan.
Cuma cara dia menyampaikan mesej tu tak betul, faham-fahamlah netizen ni macam mana. Seeloknya, kalau nak menjelaskan sesuatu usahlah dibalas semua dengan kecaman.