in

“Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Jds 1

Semalam ada orang cerita tentang suaminya bercinta dengan adik sendiri masa dia sedang bertarung kanser payudara tahap 4. Nampaknya cerita tersebut buat seorang lagi wanita tampil ke hadapan untuk ceritakan kisah dirinya pula.

Seorang wanita, berkongsikan kisah sedih kehidupan yang dilalui bersama suaminya selepas mereka kemalangan motor di Pulau Pinang.

Kalau korang nak tahu, kemalangan motor ini berlaku kerana kecuaian suaminya sendiri. Akibat dari kemalangan ini, wanita ini patah kaki kiri, tangan kanan dan mukanya hancur.

Screenshot 2019 04 17 At 1.22.32 Pm 1

Cuba korang bayangkan, bila korang sedar dari koma, orang yang sepatutnya jaga korang tak ada dekat sisi dan tinggalkan korang terlantar sorang-sorang.

Screenshot 2019 04 17 At 1.23.15 Pm 1

Tak cukup dengan tu, dia dapat pula berita suaminya keluar dengan perempuan lain berparty bagai sambil upload gambar dekat Instagram. Padahal bini tengah terlantar ni.

Screenshot 2019 04 17 At 1.27.14 Pm 1

Sejak kemalangan, memang suami dia tak pernah datang melawat langsung! Balik Penang pun sebab nak jumpa perempuan lain? Apa punya perangai ni?

Screenshot 2019 04 17 At 1.30.25 Pm 1

Yang kesiannya, kecederaan yang belum sembuh sepenuhnya membataskan pergerakan wanita malang ini untuk memperjuangkan hak dirinya sebagai ibu dan isteri.

Screenshot 2019 04 17 At 1.32.37 Pm 1

Individu ini juga turut kongsikan beberapa screenshots perbualan dengan suaminya.

Hod

NCollage 26

Kerana post ini dah mendapat perhatian dari netizen, ramai yang menghentam salah seorang wanita yang terlibat dalam skandal ini, Shu. Kemudian, menerusi bacaan admin, Shu ni tak tahu pun yang lelaki ni suami orang.

Screenshot 2019 04 17 At 3.05.34 Pm 1

Pada pendapat admin, suami dia tak nak dia dah satu hal tapi kenapa nak pisahkan anak-anak dengan mak dorang? Lagi-lagi wanita ni tengah sakit, anak ni pengubat jiwa. Admin harap hati suami ni terbuka nak temukan anak-anak dengan maknya semula dan admin doakan wanita ini terus kuat dan cepat pulih seperti sediakala. Ameen.

Walaubagaimana pun, individu ini telah pun memadam akaun Twitternya.

 

Baca: “Saya nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang!” – Isteri Tenat Sakit Kanser, Suami Seronok Curang Dengan Adik Ipar Sendiri

Screenshot 2019 04 17 At 3.09.38 Pm