Sambil menunggu lampu isyarat, tak banyak perkara pun kita boleh buat sebenarnya. Biasanya kita akan curi-curi tengok phone ataupun beli buah yang orang jual ke tingkap kereta.
Lain pula yang berlaku di Indonesia ketika rakyat disana sedang menunggu lampu isyarat. Seorang peniaga telah turun dari kenderaannya untuk mengoreng makanan sambil tunggu lampu tukar hijau. Korang boleh tengok video @tashatamasya kat bawah ni.
https://www.instagram.com/p/Cge18m-BXNn/
Sempat lagi goreng
Min mula-mula tengok macam tak percaya, tapi sebenarnya memang dia betul-betul goreng makanan sambil tunggu traffic light. Agaknya lama sangat kot lampu merah tu.Masa itu emas, sambil tunggu lampu merah, sambil tu boleh goreng makanan sekali. Nanti dah sampai tempat meniaga boleh rehat sekejap kan.
Rupanya tempat lain pun traffic light lama sangat sampai boleh buat benda lain. Kalau dekat Malaysia setakat jual buah je, ni goreng makanan memang another level lah.
Memang selamba habis pakcik tu goreng makanan tengah jalan. Mungkin dia pegang prinsip hidup, ‘kita buat dia’ sebab tu dia santai je goreng sambil tunggu lampu hijau.
Kalau scroll bahagian komen, hampir semua bagi emoji yang terhibur macam ni. Apa yang pakcik ni tunjuk memang berjaya buat ramai orang terhibur, termasuk min sendiri.
Baca: Netizen Puji Tindakan Pejalan Kaki Cuba ‘Hempuk’ Penunggang Motosikal Langgar Lampu Merah