Seni bela diri campuran kini dilihat menjadi kegemaran kebanyakkan remaja yang mengikut trend terkini.
Seni bela diri campuran atau MMA (mixed martial art) merupakan olahraga pertarungan menarik yang menggabungkan berbagai disiplin ilmu bela diri dari seluruh negara.
Namun apa yang baiknya, seni bela diri ini dapat melindungi individu dari serangan orang asing atau musuh.
Baru-baru ini tular, dua beradik dari Nigeria bertarung sesama sendiri demi kelangsungan hidup dalam satu pertandingan.
Mereka berdua tidak menjangkakan akan berentap di dalam satu gelanggang yang sama dan kelihatan kedua-dua pertarung itu seakan-akan tidak sanggup untuk berlawan.
Artikel berkaitan:“Kena belajar seni mempertahankan diri’- Norland College: Pengasuh Paling Mahal Di Dunia Dilatih Di Sini
Artikel berkaitan: Wang Zi-Ping: Kenali Salah Seorang ‘Master’ Kung Fu Muslim China Terhebat Dalam Sejarah China
Dalam video berkenaan kelihatan salah seorang dari pada mereka nengalami kecederaan dikepala dan reaksi dari lawannya melihat cedera amat mengejutkan.
Di akhir perlawanan mereka saling berpelukkan dan pemenang turut mengalirkan air mata kerana telah mencederakan abangnya.