Setiap keluarga pasti mahukan ahli keluarganya sentiasa sihat supaya dapat bersama-sama dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, keberadaan ahli keluarga lebih-lebih lagi ibu dan bapa amatlah penting kepada anak-anak kerana bagi mereka ibu bapalah tempat untuk bergantung harap.
Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @cikpuanmas, yang merakam saat-saat yang membuatkan ramai sebak kerana penyatuan semula anak lelakinya dengan suaminya selepas setahun berpisah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih menyedihkan, anak lelakinya menghidap kanser tulang baru sahaja berusia 18 tahun dan terpaksa berhenti belajar akibat penyakit yang dihidapinya itu.
Dalam video itu, dapat dilihatkan anaknya melepaskan rindu dengan memeluk erat bapanya sebaik sahaja bapanya masuk ke dalam biliknya.
Disebabkan perkongsian itu, ramai yang memberi komen dengan mendoakan supaya anaknya diberikan kesembuhan agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula. Ada juga yang memberi beberapa tips untuk membantu mengurangkan rasa sakit yang dihidap oleh anaknya.
Di bahagian komen, Cik Puan Mas juga memberitahu bahawa anak lelakinya tak mampu untuk berjalan dengan biasa kerana memerlukan tongkat ataupun kerusi roda untuk bergerak.
Sama-sama kita doakan supaya anak Cik Puan Mas diberikan kesembuhan semula. Bapanya juga sudah pulang ke pangkuan mereka, jadi diharapkan mereka sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian yang diberikan.
Baca: [VIDEO] Pertama Kali Terpisah, Satu Family Nangis Tengok Kakak Masuk Hostel Buat Netizen Cair


