in

“Kapal senget, tiada amaran” – Mangsa Kongsi Detik Cemas Feri Terbalik Di Laut Jawa, 129 Orang Masih Hilang

Kapal Km Virgo Transport 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia berduka lagi apabila sebuah feri dilaporkan terbalik ketika belayar di Laut Jawa pada awal pagi Ahad.

Feri yang dikenali sebagai Virgo Transport 8 yang membawa 213 penumpang serta 30 anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur menuju ke Kalimantan, sebelum terputus hubungan dengan syarikat perkapalannya.


Menurut sumber, tragedi yang berlaku itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang manakala 129 lagi masih hilang.

808210021 1093372329777272 2545015845287090991 N

Kapal senget, bunyi seperti logam pecah

Salah seorang mangsa terselamat, Rinto Arahap, 33, yang menceritakan detik cemas itu berkata, ramai penumpang sedang tidur ketika kapal mula senget kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, kira-kira lima jam selepas perjalanan bermula, mereka terdengar bunyi seperti logam pecah sebelum keadaan menjadi panik.

“Orang ramai panik, ada yang naik ke atas meja dan ada yang menolak satu sama lain.”

Menurut Rinto, penumpang mula menjerit dan berebut mendapatkan jaket keselamatan ketika kapal semakin condong, dalam keadaan ombak dilaporkan melebihi dua meter.

“Tiada amaran daripada kru kapal, pada asasnya hanya seseorang yang mengambil inisiatif dengan menjerit, ‘Oh, kapal senget, senget, senget,'” katanya.

Rinto bagaimanapun sempat mengambil jaket keselamatan sebelum kapal terbalik dan dihanyutkan selama kira-kira empat jam bersama mangsa lain sebelum diselamatkan.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Kementerian Maritim Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun

Artikel berkaitan: Nahas Sriwijaya: Serpihan Kapal Terbang Dan Mayat Ditemui Semasa Operasi SAR

Ombak cecah 2.5 meter, kapal terbalik & tenggelam

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Putu Sudayana berkata, pasukan penyelamat berdepan ombak setinggi 2.5 meter ketika cuba sampai ke lokasi kejadian.

Video yang dikongsikan agensi penyelamat turut menunjukkan feri berwarna merah dan hitam itu terbalik dan separuh tenggelam, dengan bahagian bawah kapal kelihatan di atas permukaan air yang bergelora.

 

View on Threads

 

Sementara itu, pegawai agensi penyelamat, Edy Prakoso berkata, kapal itu senget teruk ke satu sisi selepas ombak kuat melanda bahagian kanan kapal.

Susulan tragedi itu, operasi mencari mangsa diteruskan dengan melibatkan 622 anggota penyelamat dan kira-kira 12 kapal.

Kemalangan laut kerap berlaku di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang mempunyai lebih 17,000 pulau dan sangat bergantung kepada hubungan pengangkutan menggunakan bot untuk perjalanan harian serta pelancongan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.