Korang ingat lagi isu Dr Nur Ilyani? Beliau sebelum ni dapat perhatian meluas sebab menulis surat terbuka kepada aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir berkaitan isu LGBT.
Oleh disebabkan isu ni, ada seorang pengguna Facebook yang mengatakan bahawa Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi telah disekat dari bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Tapi rupanya berita ni palsu!
Dalam entri yang sama, individu tersebut mengatakan bahawa Dr Nur Ilyani telah dipindahkan dalam tempoh 24 jam ke JPA Putrajaya. Selain itu, individu tu mengatakan bahawa tindakan yang dikenakan ke atas doktor tersebut adalah satu bentuk kezaliman.
Dah tersebar entri Facebook ni, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya melalui Twitter rasmi dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pula menerusi akaun Facebook mereka menjelaskan bahawa berita yang disebarkan oleh hamba Allah itu adalah tidak benar sama sekali.
Menurut Harian Metro, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dr Nur Ilyani masih bertugas di hospital itu seperti biasa. Ketika ditemui pada sidang media di Lobi Parlimen, Dr Dzulkefly turut memberitahu bahawa tiada tindakan yang dikenakan kepada Dr Nur Ilyani.
“Saya sudah menjelaskan dia membuat kenyataan atas kapasiti peribadi.”
Laa.. Berita palsu rupanya yang disebarkan oleh pengguna Twitter tu. Tak baik tau. Pasti ramai yang keliru dan marah pasal isu ni, tapi rupanya tidak benar. Harap yang buat cerita tu akan bertaubat.
Baca: Lelaki Pondan di Kelantan Boleh Dipenjara!