in

Kanak-kanak 5 Tahun ‘Diratah’ Saudara Lelaki Sendiri Hingga Lumpuh Dan Hancur Tulang Belakang

Featured 11

Perangai serupa binatang!

Baru berusia 5 tahun tapi kanak-kanak perempuan ini telah diperlakukan dengan kejam oleh saudaranya sendiri.

Memetik Mirror, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun jadi lumpuh lepas dirogol oleh saudara lelakinya yang berusia 28 tahun.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas di Sierra Leone, Afrika Barat.

Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk itu telah mengakibatkan tulang belakang mangsa hancur.

Dia mungkin tidak boleh berjalan lagi dan saya marah dengan kejadian yang berlaku” – Nenek mangsa

2 3
Sumber : mirror

Selepas kejadian malang tersebut kanak-kanak yang dirahsiakan identiti itu dilaporkan kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda

Orang yang melakukan perkara ini telah merosakkan hidup dia dan patut meringkuk dalam penjara”- Nenek mangsa

Sumber : google

Malah mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak dapat berjalan lepas 12 bulan kejadian berlaku.

Kanak-kanak itu juga menderita kudis dan luka yang teruk serta patah kaki akibat kejadian kejam tersebut

Tertuduh juga difahamkan telah dipenjarakan tanpa jaminan.

 

Apesal lah kanak-kanak 5 tahun pun sanggup diperlakukan sekejam tu, macam mana lah masa depan dia nanti.

Baca : Dia diheret sebelum dirogol- Anak Ratah Ibu Sendiri Waktu Jalan Kaki Balik Rumah

1 3