in

Kanak-kanak 2 Tahun Meninggal Lepas Terjatuh Dari ‘Baby Chair’ Di Kedai Makan

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mesti faham, kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke bawah, kelakuan dorang memang tak boleh nak jangka. Dalam sekelip mata je boleh menangis atau tantrum tanpa sebab-sebab yang jelas.


Mungkin ini juga apa yang dialami oleh satu keluarga ini semalam apabila mereka sedang keluar makan di sebuah restoran sebelum tragedi yang tak disangka-sangka telah menimpa mereka.

Menurut kenyataan dari Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Bin Abdullah, pihaknya telah menerima laporan tentang kematian kanak-kanak berusia dua tahun oleh bapanya semalam.

Siasatan mendapati, ibu dan bapa kanak-kanak ini telah pergi makan ke sebuah restoran di Taman Sutera, Johor Bahru dan meletakkan anaknya itu ke dalam baby chair.

Semasa makan, kanak-kanak malang ini tiba-tiba telah bertindak di luar kawalan dan menolak meja menggunakan kaki sehingga menyebabkan kerusi yang didudukinya itu terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai.

Kejadian tersebut menyebabkan si mati menangis dengan kuat lalu pengsan. Perkara itu turut disaksikan oleh pekerja restoran tersebut.”

Ekoran ini, bapa kanak-kanak tersebut telah bergegas ke klinik swasta namun dinasihatkan untuk pergi ke hospital kerana keadaan nampak serius sebelum hospital swasta di Iskandar Puteri mengesahkan kanak-kanak ini meninggal dunia.

Namun begitu, Fariz mengatakan sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian ini dan kertas siasatan sudden death report telah dibuka dan siasatan masih diteruskan.

Allahu, tak boleh nak bayang perasaan ibu bapa mangsa. Moga terus kuat…

 

Baca: “Makin meningkat” – Dr Noor Azmi Minta Jangan Abaikan Kesihatan Mental Kanak-kanak & Remaja

Screenshot 2022 10 05 At 12.06.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.