in

“Kamu tak ada empati, hati perut” – Isteri Mangsa MH370 Kecam Lawak Jocelyn Chia

Isteri Mh370 Kecam Lawak Jocelyn Chia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, nama Jocelyn Chia menjadi buah mulut orang ramai apabila pelawak yang berasal dari Singapura itu menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak.


Video tersebut telah mendapat perhatian isteri kepada pramugara pesawat MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othaman yang menyifatkan tindakan menjadikan tragedi itu bahan lawak adalah teruk dan hambar kerana tidak sensitif dengan kehilangan pesawat berkenaan.

“Keluarga mesti malu dengan lawak bodoh kamu”

Menerusi hantaran video di TikTok, Intan menyatakan lawak sebegitu tidak lucu ketika mana ramai lagi waris yang berdukacita atas kehilangan keluarga masing-masing.

@intanmaizuraothaman

#stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer

♬ original sound – Intan Maizura Othaman ✈️ – Intan Maizura Othaman ✈️

“Ia masih tak kelakar, tak kisahlah betapa jahatnya kamu tapi jangan sebut mengenai MH370 atau buat lawak terhadap tragedi itu.”

Intan meluahkan bahawa anak lelakinya masih lagi menangis sehingga kini apabila mengenangkan kehilangan bapanya.

“Adakah kamu tahu berapa ramai ibu-ibu yang masih merintih menangis sehingga hari ini, kamu tak tahukan? Sebab kamu tiada empati, tak ada hati perut. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu,” ujarnya.

Dalam nada sedih, Intan menyatakan tinggal di negara membangun tetapi mempunyai hati dan perasaan adalah jauh lebih baik berbanding tinggal di negara yang kononnya kelas pertama di dunia.

Dalam pada itu, dia juga menggesa agar masyarakat berhenti untuk menormalisasikan perkara yang tidak bermanfaat semata-mata untuk meraih perhatian.

Untuk info, Intan kehilangan sumainya dalam tragedi sembilan tahun lalu yang mana ketika itu dia sedang mengandung anak kedua yang dinamakan Muhammad.

Baca: Singapura Mohon Maaf Isu Lawak Melampau, Jocelyn Chia Sebenarnya Bukan Warganegara
Jocelyn Chia Bukan Singaporean Kerajaan Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.