in

“Kamu ingat, aku suka ke burung kamu” – Kiah Propa ‘Bengang’ Ada Lelaki Misteri Hantar Gambar ‘Anu’ Setiap Hari

Featured Image 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang, manusia ni kita tak boleh nak jangka perangainya macam mana. Baru-baru ini dilaporkan seorang bekas personaliti TV telah diganggu seorang lelaki misteri yang kerap menghantar gambar kemaluannya.


Siapa yang tidak kenal dengan Kiah Propa yang dulu namanya kerap menjadi bualan netizen atas keletah dan gelagatnya yang bersahaja, kini dilaporkan di sedang berjinak-jinak dalam perniagaan online.

Namun dalam sesi jual beli, ada individu yang ambil kesempatan memuaskan nafsu mereka dengan menghantar gambar- gambar tidak senonoh.

Pop Say What Gif By Dr Pepper - Find &Amp; Share On Giphy

Menerusi video dimuat naik di Instagram TV, Kiah propa telah meluahkan segalanya tentang individu berkenaan.

Saya sudah tidak tahan. Pagi, petang, siang dan malam tengok gambar ‘burung’. Saya jadi tak lalu. Ada ‘burung’ kelicap, gagak ada, pipit ada, kasawari ada, enggang ada, saya jadi tak lalu tengok gambar ‘burung’” – Kiah Propa

Menurut Kiah, bukan sekali individu itu menghantar gambar, malah berkali-kali sehingga kiah dikatakan terpaksa block nombor lelaki tersebut.

Gangguan tidak henti di situ, selepas di block, lelaki itu membeli nombor baru dan kemudiannya melakukan aktiviti jijik itu lagi.

Ada ye perangai manusia macam ni, min memang tak suka orang macam ni keji…

Kiah1

Kiah2

Kiah turut menerangkan, dalam bisnes, nombornya itu memang biasa di kongsikan. Tetapi atas tujuan bisneslah.

Nombor saya memang bersepah sebab ia nombor perniagaan, tapi tidaklah sampai nak layan sebegitu. Ya Allah dik, bawa bertenang. Itu saja benda sama setiap hari. Kalau setakat itu tak perlulah dik. Kesian saya melihat kamu,” – Kiah Propa

Walau bagaimanapun, Kiah telahpun membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

Dalam masa yang sama, dia juga menasihati agar orang ramai supaya berhenti melakukan perbuatan tidak berfaedah itu.

Saya menyeru pada semua, janganlah begitu. Nampak lelaki sejati, betul, tapi sebenarnya gila seks. Itu saja yang dihadapnya pagi, petang, siang dan malam. Pergilah pada jalan lurus” – Kiah Propa

Kiah4

Kiah5

Tak malu ke hantar gambar burung? Itu aib tau, kalau sendiri tak boleh nak jaga aib sendiri memang sangat memalukan.

 

Baca: “Manusia ni makin pelik?” -Aneh! Doktor Jumpa ‘Cable Phone’ Dalam Pundi Kencing Lelaki

Annotation 2020 06 15 154105

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.