Pelakon dan model, Alicia Amin mengesahkan telah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama doktor perubatan, Farzan Iqbal.
Alicia juga telah memuat naik sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya yang memaparkan dirinya sedang berjalan ke kereta dan dipercayai dia baru sahaja selesai urusan di mahkamah.
https://www.instagram.com/p/CpRZ8O6N4Ar/
Menurut laporan Kosmo, Alicia memberitahu penceraian mereka berlaku secara baik dan tiada kaitan dengan kecurangan mahupun gangguan pihak ketiga.
Alicia turut memberitahu bahawa keputusan tersebut dibuat selepas berbincang secara baik dan mereka kini memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.
“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri.”
“Kami masing-masing dah dewasa. Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik,” kata Alicia.
Alicia juga sempat menjelaskan bahawa hubungan mereka sudah lama retak menanti belah dan akhirnya tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.
“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.”
“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan baru-baru ini, dan lepas balik, memang dah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan.” jelasnya.
Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021.
Sumber : Kosmo, Media Hiburan
Kita doakan yang terbaik la buat kedua-dua pihak!