in

“Kami nak tanah warisan dikekalkan” – Rafidah Ibrahim Dakwa Penduduk Tak Mahu Duit Pemaju

rafidah penduduk tidak mahu duit pemaju kg sungai baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mewakili penduduk Kampung Sungai Baru, pelakon dan aktivis Rafidah Ibrahim menegaskan bahawa penduduk tidak mahukan duit daripada pemaju sebaliknya mahu tanah warisan di kawasan itu kekal turun-temurun.

“Kami tak mahu pampasan, tak nak duit pemaju. Kami nak tanah warisan ini kekal turun-temurun untuk warisan kami,” luah Rafidah.

Menurutnya, tindakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi operasi pengosongan di kampung tersebut menyebabkan penduduk dipaksa menerima pampasan yang ditawarkan.


“Bukan duit pemaju yang kami nak sangat, itu tidak. Tolong jelaskan di sini kepada semua kerana duit pampasan bukan isu utama kepada Kampung Sungai Baru,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Artikel berkaitan: Insiden Kekecohan Di Kampung Sungai Baru Tidak Libatkan Penduduk Setempat

Artikel berkaitan: “Perbuatan keji” – PMX Beri Peringatan Susulan Insiden OCPD Dang Wangi Cedera Dibaling Batu

Katanya lagi, Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) masih belum diguna pakai, dan sebarang keputusan melibatkan pembangunan semula kawasan tersebut seharusnya tetap menghormati hak milik individu.

Justeru, jika ada jiran bersetuju dengan pemaju, hak penduduk yang tidak bersetuju tidak boleh dipaksa.

“Pemaju rakus pecahkan pintu rumah”

Rafidah turut berkongsi pengalamannya ketika operasi pengosongan dijalankan semalam (Khamis), yang didakwanya dilakukan secara kasar dan tanpa pertimbangan.

“Saya memang berada di sini. Pagi semalam ketika mereka buat kerja, kami semua berada di dalam rumah. Waktu itu anak saya sedang tidur.

“Sangat rakus pemaju memecahkan pintu rumah tidak peduli, tidak fikir. Tekanan orang dewasa pun boleh rasa apatah lagi budak-budak,” katanya.

Terdahulu, Rafidah meluahkan dia dan keluarga kini hanya menumpang di rumah jiran apabila rumahnya (rumah flat) dirobohkan.

Menurut laporan media, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.