Kebanyakan orang sering mengaitkan perwatakan tegas dan garang dengan sikap seorang bapa. Ini bertujuan untuk mendidik dan membentuk disiplin anak-anak.
Bagaimanapun, sikap garang yang tidak bertempat amat tidak digalakkan kerana ia boleh menjejaskan emosi anak serta memberi kesan mendalam terhadap kehidupan mereka.
Baru-baru ini, telah viral di Twitter @ConfesstweetMY, seorang ‘anon’ telah berkongsikan kisahnya dan lima adik-beradik lain yang telah membesar dalam suasana yang tertekan kerana bapanya seorang yang panas baran.
Abah panas baran. 6 beradik membesar dalam ketakutan. Mak pernah dimaki "lembab" sebab lambat hidang makanan.
(1/2) pic.twitter.com/HRrS9kpgRn
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 8, 2022
Dia menerangkan yang ayahnya boleh mengamuk dan memaki ibunya hanya disebabkan lambat hidang makanan.
Menurutnya, keadaan rumah juga menjadi sunyi sepi apabila ayah mereka berada di rumah kerana mereka tidak dibenarkan untuk membuat bising atau bermain.
Namun apabila ayah mereka keluar, suasana rumah bertukar menjadi ceria dan dipenuhi dengan gelak tawa mereka anak beranak yang berasa gembira apabila bapa mereka tiada di rumah.
Disebabkan sikap si bapa, abang sulungnya yang ketika itu berusia 20-an telah membuat keputusan untuk lari dari rumah dan tidak pulang bertahun-tahun lamanya selepas terjadi pertengkaran.

“Diaorang pernah gaduh besar. Abah cekik leher along. Esoknya, along lari dari rumah dan terus tak balik bertahun-tahun,” katanya.
Adik beradik yang lain juga turut menyusul keluar dari rumah berkenaan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan.
Mereka turut mengajak ibu mereka untuk tinggal bersama salah seorang daripada mereka tapi ibu menolak pelawaan itu.
Oleh kerana terkilan dengan sikap bapa mereka, tiada seorang pun yang menjenguknya semasa dia jatuh sakit.
Beberapa hari sebelum raya, ayah mereka telah meninggal dunia. Enam beradik itu telah balik untuk menguruskan jenazah.
Buat pertama kali, mereka rasa gembira dan ceria serta keadaan rumah menjadi riuh dengan gelak tawa.

Selepas pemergian bapanya, mereka kerap menziarahi ibunya yang masih berkeras untuk tinggal di kampung.
Ciapan itu diakhiri dengan perasan gembira yang dicampur dengan kesedihan yang dirasai oleh pembaca.
Kalau nak garang tu bertempat la dan jangan terlebih sebab boleh memberi kesan negatif..
Baca : “Garang main2” – [VIDEO] Drama! Anak Siap Berguling Atas Sofa Gara-gara Ayah Ready ‘Tali Pinggang’

