Sebelum ni pernah tular di laman media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang menggantung bunting mencari jodoh untuk dirinya.
Lelaki yang dikenali sebagai Noor Azirol Abdullah, 35 dikatakan telah meletakkan buntingtersebut di kawasan tempat umum di negeri Terengganu.
Menurut portal Malaymail, Azirol mengaku telah menjumpai wanita idaman berumur 33 tahun dan bekerja sebagai kerani berasal dari Kuala Terengganu.
Wanita itu dikatakan telah menghubunginya sejurus dia melihat iklan mencari jodoh melalui bunting yang digantung itu.
Namun sepanjang perkenalan itu, mereka tidak pernah lagi berjumpa antara satu sama lain. Mereka hanya saling berhubung diatas talian dan pertama kali berjumpa pada minggu lepas dengan ditemani adik perempuan Azirol.
“Kami masih lagi berkawan dan saling mengenal hati budi masing-masing”
“Walaupun dia bersetuju untuk menjadi isteri saya, namun kami masih mengambil keputusan untuk lebih saling mengenali.” Katanya.
Noorazira, adik perempuan Azirol berkata dia tetap menghormati keputusan abangnya itu untuk memilih pasangan hidupnya nanti.
“Saya tak memilih pun dengan pilihan hati abang
“Selagi si dia sanggup terima baik buruk dan latarbelakang keluarga kami, buat saya tiada masalah. Abang saya cuma bekerja sebagai tukang kayu dan dia membuat bunting itu hanya untuk mencari orang yang sanggup menjadi suri hatinya” Katanya.
Bukan itu sahaja, Azirol berkata walaupun bunting itu telah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan, masih ada lagi wanita di luar sana yang menghubunginya bagi mengenal hati budi masing-masing.
“Saya masih mendapat panggilan dari seluruh negara. Kebanyakannya panggilan adalah daripada luar Terengganu iaitu Klang, Johor, dan ada juga panggilan daripada Sarawak. Apa yang mengejutkan, saya ada mendapat panggilan daripada Indonesia.” Katanya
Azirol turut berkata dia ingin menghentikan pencariannya dan kini mahu fokus terhadap hubungannya dengan wanita yang bekerja sebagai kerani itu.
Alhamdulillah, semoga perkenalan ini kekal sampai ke akhir hayat.
Baca: “Looking for boyfriend!” – Wanita Tanpa Segan Mencari Jodoh di Twitter, Dapat Perhatian Ramai