in

“Kami dah kena!” – Wanita Terperanjat Duit Dalam Akaun Tiba-tiba Hilang Lepas Guna Mesin ATM

Atm Maybank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni banyak pulak kita dengar pasal orang tiba-tiba hilang duit. Bukan hilang sebab kena rompak ataupun tercicir, tapi ni hilang yang tak tahu ke mana perginya.



Menurut perkongsian seorang wanita kat Facebook, dia share pasal duit dia yang tiba-tiba lesap lepas dia guna mesin ATM. Wanita dikenali sebagai Sue Samat ni ceritakan yang dia dah banyak kali dengar orang ramai duk viral pasal benda ni. Tapi dia tak sangka benda ni jadi kat dia pulak.

Sue
Sumber: facebook

Hampir RM100 hilang macam tu je

Disebabkan dia dah banyak kali dengar pasal benda ni, Sue mula la keluarkan duit dari bank dia sikit-sikit since dia rasa macam tak sedap hati. Belum sempat keluarkan semua, tengok-tengok duit dah hilang! 

Ni bukan cakap pasal caj bayaran RM1.06 kalau korang keluarkan duit dari bank lain kat mesin ATM bank lain, tapi duit Sue hampir RM100 tau hilang!

30728829 1114360025371161 5963691669659320320 N
sumber: facebook
30741778 1114360075371156 6750128438146760704 N
sumber: facebook

Simpan dalam bank pun dah tak selamat

Hari terakhir Sue keluarkan duit sebelum wang dari bank dia hilang, wanita ni keluarkan RM320. Dan kalau tolak dari baki sebelumnya, duit Sue sepatutnya ada lagi RM90.39. Tapi apa yang buat Sue tercengang tengok resit lepas guna mesin ATM adalah baki dia tiba-tiba jadi RM6.39. RM84 tiba-tiba lesap!

30708882 1114360118704485 2636652909453901824 N
sumber: facebook

Mengakhiri entri tu, Sue cakap yang dia kongsikan pasal ni dengan semua orang supaya semua orang berhati-hati dan jangan rasa duit kita dah selamat sebab simpan dalam bank. Katanya sekarang ni duit yang dalam bank pun dah tak selamat, boleh hilang tiba-tiba.

Sue pesan supaya korang yang ada duit banyak-banyak dalam bank tu tolong la pergi check baki takut benda ni jadi kat korang. So korang lepas ni cepat-cepat check baki akaun bank masing-masing tau!

Baca: Wanita Kecewa Bank Tak Bantu Kes Duit Hilang, Tuduh Transfer Sendiri Duit Pada Individu Tak Dikenali

Jeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.