in

“Kami ada MARUAH” – Cik Epal Buka Bisnes Pizza Mendonia, Mahu Caras Pizza Wagyu Jofliam

Pizza Mendonia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya persengketaan di antara Cik Epal dan bekas suaminya yang juga seorang chef piza, Jofliam masih lagi tidak berakhir apabila hari ini, influencer berkenaan mengumumkan bakal membuka bisnes piza baru.

Menurut Cik Epal, bisnes piza tersebut dinamakan Pizza Mendonia dan diwujudkan untuk membantu bekas staf perniagaan piza bekas suaminya yang telah dibuang.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Artikel berkaitan: “Perniagaan 100% cash” – Jualan Cecah RM600K Sebulan, Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Piza Jofliam

Artikel berkaitan: Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Terbuka & Bayar Ganti Rugi RM 1 Juta

Tujuan dia mewujudkan perniagaan piza ini juga adalah untuk bersaing dengan Pizza Wagyu milik Jofliam. Malah Cik Epal juga berjanji untuk menjalankan perniagaan ini dengan lebih baik dan akan menerima pembayaran secara QR.

Semua jenis BERANI kerana BENAR dan yang penting kami ada MARUAH. Kita kasi caras itu pizza wagyu tak bayar tax. Pizza Mendonia akan terima QR dan perniagaan semua akan proper. Jangan risau. 

Tolong support perniagaan pizza baru tau. Yang penting, team aku semua helok,” katanya.

Dalam pada itu, Cik Epal juga ada berkongsi yang dia telah mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada Jakel dan bakal bekerjasama dengan syarikat tersebut tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Terdahulu, Cik Epal pernah berkongsi tentang keuntungan yang diraih Pizza Wagyu milik bekas suaminya dan telah meminta LHDN untuk menyiasat Jofliam kerana hanya menerima bayaran tunai.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.