in

‘Kalut’ Gara-gara Banjir, Wanita Tak Perasan Bayinya Tenggelam 30 Saat Dalam Air

Ft Banjir Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu bapa sudah pasti tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi sekiranya anak mereka itu masih kecil.


Sama juga seperti keadaan seorang ibu ini yang tak perasan bayinya tergelincir jatuh dan tenggelam selama 30 saat dalam air banjir.

Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Kampung Petaling, Kuala Nerus kira-kira 1 petang semalam ketika dia bersama suami dan anak-anaknya sedang mengemas barang selepas diarahkan untuk berpindah berikutan kediaman mereka dinaiki air kira-kira 1 meter.

 

Anak jatuh dalam air banjir, mujur ada bomba

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Suriati Yusof, 44, dia berasa sangat takut sebaik sahaja melihat anak bongsunya itu terjatuh ke dalam air.

Walau bagaimanapun, dia bernasib baik apabila terdapat anggota bomba yang berhampiran datang menyelamatkan anaknya yang sedang tenggelam itu.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya sebaik melihat anak bongsu jatuh ke dalam air.

Tambahnya lagi, dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan nyawa anaknya sekiranya tiada orang yang berada di lokasi kejadian.

Banjir Bomba

Ibu mana yang sanggup tengok anak dilanda musibah. 

 

Suami urus anak OKU, isteri sedang mengemas

Sewaktu kejadian, suaminya dikatakan sedang sibuk menguruskan anak sulung mereka yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) ke dalam bot, manakala dia pula sedang mengemas.

Dalam kesibukan mengemas itu, anak bongsunya yang berumur 16 bulan telah ditinggalkan sementara di atas kerusi di bahagian ruang tamu bersama abang dan kakaknya.

Secara tiba-tiba, anaknya itu tergelincir jatuh dari atas kerusi sebelum dia bergegas untuk menyelamatkan anaknya itu.

Feat Banjir 1

 

30 saat tenggelam dalam air

Anak berada di dalam air lebih 30 saat dan diselamatkan anggota bomba yang kebetulan berada di lokasi kejadian

Ibu kepada 9 cahaya mata itu turut mendakwa bahawa ini kali pertama rumahnya itu dimasuki air sejak mereka menetap di kampung berkenaan kira-kira 40 tahun yang lalu.

Banjir Rumah

Mereka sekeluarga kini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PSS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong.

Allahu, nasib baik abang bomba ada tolong selamatkan. 

Baca: “Saya tak tahu urus jenazah bayi ini” – Pasangan Tinggalkan Mayat Bayi Tepi Masjid Bersama Sepucuk Nota Sedih Baca Banjir 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.