in

“Kali ni lebih jelas”- [TERKINI] Video Baru Aksi Semburit Didakwa Menteri Kanan Tersebar, Tonjol Adegan Belai Membelai

Featured 8

Sebelum ni pada Jun kecoh isu penyebaran video ‘semburit’ didakwa mirip seorang menteri kanan kabinet yang disebarkan melalui group WhatsApp.

Terbaharu pada semalam, tular lagi empat video semburit membabitkan ‘pelaku’ yang sama.

 

4 video semburit dikongsikan dalam group WhatsApp, 1 video baharu

Memetik MalaysiaGazette, kesemua video tersebut tersebar sejak malam tadi dan dikongsikan kepada pengamal media serta beberapa orang kenamaan dalam satu group WhatsApp.

Difahamkan daripada 4 video yang dikongsikan, hanya 1 sahaja merupakan video baharu manakala selebihnya merupakan video lama yang tersebar sebelum ini.

2 3
Sumber: malaysiagazette

Dalam video yang berdurasi tiga minit tiga saat itu memaparkan permulaan kepada video ‘semburit’ sebelum ini.

 

Haziq membuka jubah mandi pasangannya sebelum dia memulakan aksi belai membelai…

Didakwa dalam video tersebut kelihatan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang hanya memakai seluar dalam berwarna putih mundar mandir pada minit 1.50 saat.

Malah lelaki yang didakwa menteri kanan kabinet turut kelihatan dalam video tersebut dengan memakai jubah mandi.

Haziq kemudian merapati lelaki tersebut sebelum merebahkan diri ke katil.

Video itu kemudiannya memaparkan Haziq membuka jubah mandi pasangannya sebelum dia memulakan aksi belai membelai.

1 6
Sumber: malaysiagazette

Mengikut rekod pada Julai, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan kenyataan bahawa :

seorang pemimpin parti politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.”

Malah pada masa sama, Datuk Seri Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa video semburit tersebut adalah tulen bagaimanapun hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) dijalankan negatif.

Sebelum ini nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali ada disebut-sebut namun beliau menafikan tuduhan berkenaan.

 

Alamak, ingat dah stop isu ni.

Baca : Video semburit tulen- Terkini! Ketua Polis Negara SAHKAN Video Ranjang Didakwa Libatkan Menteri Adalah Tulen

Ww