Membeli barangan dalam talian terutama ketika sesi live kini menjadi trend kerana boleh mendapat pelbagai promosi dan tawaran yang lebih menarik.
Bagaimanapun, timbul perkara kurang enak apabila tular mengenai seorang pengasas produk kosmetik telah menghina golongan B40 ketika bersiaran.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, pengasas terbabit didakwa menghalau penonton yang digelar B40 hanya kerana bertanyakan soalan berkaitan harga produk yang dijual.
Artikel berkaitan: “Jangan babitkan orang miskin” – Kieda Kesal Orang Kaitkan Golongan B40 Tak Mampu ‘Support Vendor’
Artikel berkaitan: “Jangan pukul rata” – Madammu Pertahan Tindakan Beri Phone Pada Anak, Jadi Kecaman Netizen
“Ada hamba Allah ni cakap dekat komen tak ada yang murah sikit ke? Founder terus halau dia dari live lepas tu founder tu cakap dia tidak menagih simpati dengan golongan B40, kalau tak ada duit tak payah masuk live aku,” kongsinya.
@mohamedfirdaussyah786 Kaya tak bermaksud hangpa ada lesen untuk menghina orang
♬ original sound – Mohamed Firdaus Syah – Mohamed Firdaus Syah
Tindakan pengasas tersebut nyata mendapat kecaman ramai dan rata-ratanya menyifatkan peniaga terbabit sebagai sombong dan lupa diri.
Malah, pengasas produk Noir, Madammu turut bersuara meluahkan rasa geram dengan tindakan peniaga terbabit yang merendah-rendahkan B40 sedangkan majoriti penyokong produk sebegini datang dari golongan terbabit.
“Bukan B40 ke yang beli barang dia? Dia ingat T20 nak beli barang dia? Lupa diri. Orang yang macam ni sekelip mata je.”
@miss_tyra.94
Madammu juga berkata, pengasas-pengasas ini juga bermula dari golongan B40 dan selepas berjaya dalam bisnes barulah duduk dalam kelompok T20.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa pengkelasan ekonomi yang ditetapkan kerajaan bukanlah untuk merendahkan golongan yang berpendapatan kecil tetapi untuk memudahkan pemberian subsidi yang lebih teratur.
Sumber: TikTok