Sejak akhir-akhir ini semakin banyak syarikat yang membuat akaun TikTok bagi mempromosikan perniagaan mereka dalam usaha menjadi lebih dikenali terutamanya dalam kalangan anak muda yang mendominasi aplikasi perkongsian video pendek tersebut.
Namun, setiap perkara pasti ada baik dan buruknya, sama juga seperti konten-konten yang dibuat menerusi aplikasi yang sedang meningkat naik tersebut. Jika di Malaysia, heboh diperkatakan kes bekas pembantu peribadi Dato Vida yang memijak duit. Di Indonesia, lain pula ceritanya.
Menerusi video yang naik di FYP TikTok ini, ia dikongsi oleh akaun restoran menjual ketam dan makanan laut, Suka Kepiting yang dikhabarkan terletak di Jawa Timur. Menurut laman web rasminya, mereka merupakan penjual ketam dan makanan laut nombor 1 di Indonesia.
Walaupun begitu, nampaknya mereka juga tidak lari dari membuat kesilapan dengan memuat naik konten yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan mengundang kemarahan orang ramai disana.
Menerusi salah satu video mereka, kononnya mereka ingin berkongsi ‘tips’ bagi mengeratkan hubungan dan perasaan sayang pasangan antara satu sama lain. Jadi, cara yang ditunjukkan adalah dengan memasukkan tangan kedalam air pasangan! Euww~
“Cubalah ke pasangan kalian”
Konon konten tersebut akan membuatkan ramai terhibur, malangnya posting tersebut telah mendapat kecaman oleh pengguna TikTok yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan kedai tersebut.
Tambah mereka, sekalipun ia hanya sekadar konten, namun perbuatan mereka membazir dan tidak menghormati makanan tidak boleh diterima sama sekali. Walaupun ada yang cuba tampil mempertahankan tindakan yang dilakukan, tetapi ianya tetap salah dan ramai berharap agar ‘trend’ tersebut tidak tersebar.
Sehingga tulisan ini dibuat, video berkenaan telah mendapat lebih dari 6 juta tontonan selain lebih 250 ribu tanda sukaan!
Mohon jangan jadi trend lah! Geli tekak~
Baca : Gara-gara Trend ‘Salam Dari Binjai’, Ramai Mengeluh Pokok Pisang Mereka Ranap Dikerjakan Budak-budak