Kemelut rumah tangga yang dihadapi Dato’ Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala dan isteri pertamanya, Datin Fauziah Sarman masih menjadi bualan hangat oleh para netizen lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menyambut Aidilfitri bersama.
Susulan mendedahkan wajah seorang wanita yang bernama Siti Munirah Abdul Ghani yang dipercayai isteri kedua kepada ND Lala, Fauziah sering berkongsi luahan hatinya yang kelihatan sedih di akaun Instagramnya.
Dua tahun gambar raya tak lengkap?
Dalam perkongsian terbaru, Fauziah memuat naik dua keping gambar raya dari tahun 2022 dan tahun ini, serta memberi bayangan seperti gambar tidak lengkap sempena raya setelah suaminya dikatakan bernikah lain.
https://www.instagram.com/p/CrhOuNPyLyO/
“Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih” – Isteri ND Lala
Melalui perkongsian IG story Fauziah, dia meminta agar kenalannya dan juga saudara mara supaya tidak menunjukkan muka sedih sewaktu berjumpa dengannya ketika beraya.
Permintaan tersebut dibuat atas sebab dia ingin bergembira dan tidak mahu menangis sewaktu Hari Raya Aidilfitri.
“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa diluar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih… kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan nangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis.. Saya akan senyum pada anda,” tulisnya.
Sebelum ini, telah tular sebuah video di TikTok apabila kelihatan ND Lala menyambut hari raya di rumah Kazar Saisi selepas lama menyendiri susulan dirinya tular dipercayai sebab mengalami masalah rumah tangga.
Terdahulu, Syada Amzah ada memuat naik luahan hatinya yang kelihatan sedih melihat ibunya yang berasa kurang ceria di Aidilfitri. Bagaimanapun, dia tetap berasa seronok menyambut Aidilfitri bersama ibu dan adik beradiknya walaupun tanpa kehadiran bapa mereka.
Sumber : Instagram (@mamazie68)
Baca : “Dia lebih rapat dengan mak” – Shila Amzah Nafi Penyondol Rumah Tangga Ibu Bapa Adalah Kawan Baik