Satu video kini tular membuatkan ramai netizen geram di media sosial apabila mendengar suara rakaman video memperlihatkan kelakuan seorang lelaki yang memukul bakal isterinya.
Difahamkan punca keganasan yang dibuat itu berpunca daripada bakal isteri yang mendapat tahu bahawa lelaki dayus itu telah berlaku curang.
Artikel Berkaitan : “Orang bukan tahu Abah sayang anak” – Hangat Isu Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Selamba Tayang Video ‘Happy’
Artikel Berkaitan : Lelaki Berstatus ‘Ustaz’ Didakwa Pukul Kekasih Lepas Kantoi Curang
“Sekali aku pukul kau, sampai kawin aku pukul kau”
Perkongsian tersebut juga tular di platform media sosial X di mana ia memaparkan video yang menunjukkan latar suara wanita itu dipukul oleh lelaki yang dikatakan seorang anggota polis bahagia jenayah tersebut.
Menerusi penerangan dalam video, kejadian pukul memukul ini berlaku sewaktu seminggu sebelum mereka berkahwin.
Boleh tonton video penuh disini.
Amaran : Video yang bakal ditunjukkan ini mengandungi grafik dan latar suara yang mungkin mengganggu pembaca,
Video tersebut juga mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice. Malah dakwa penyanyi hip hop yang lantang dalam membahas isu semasa itu, dia telah disekat untuk mengakses akaun Instagram peribadi pelaku.
Berdasarkan pemerhatian min, akaun si pelaku itu kini masih aktif.
Menyedari dirinya kini sudah tular, dia ada menunjukkan yang dirinya telah menerima banyak mesej kecaman sehingga membuatkan dia terpaksa hadkan penerimaa mesej daripada orang luar serta ruangan komen juga telah ditutup.
Berdasarkan pemerhatian min juga, dia ada tularkan wajah wanita tersebut. Malah, lelaki tersebut dikatakan siap jadikan kisah pelakon Hafidz Roshdi lagi sebagai contoh.
Video dan tangkap layar gambar status di IG Story miliknya kini tular telah meraih ribuan perkongsian, rata-rata menyirap apabila mendengar perbualan dan kata-kata lelaki itu sewaktu memukul bakal isterinya.
Min tak sanggup nak dengar sampai habis, rasa marah campur sedih.