in

“Kalau boleh taknak yang control ayu” – Netizen Rayu Ain Edruce Jadi Pengacara Rancangan Meletop Ganti Lofa

Feature Image Meletop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa pengacara bagi rancangan Meletop iaitu Neelofa telah mengundur diri daripada rancangan itu pada hari selasa yang lalu iaitu 31 Disember 2019.


Dia bersama-sama dengan Nabil Ahmad telah menjadi pengacara Meletop sejak tahun 2012 hingga 2019. Fuh 8 tahun juga tu!

64378215 142233553534907 5375995365219005168 N
Sumber: google

Namun begitu, menurut Astro Awani pelakon yang cukup dikenali iaitu Mira Filzah dikatakan sebagai salah seorang calon pengacara pengganti bagi rancangan Meletop.

Mf
Sumber: instagram

“Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baharu, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

“Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baharu seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu. 

“Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan ‘chemistry‘ yang sangat kuat.

“Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi,” – Mira Filzah.

Tapi, netizen di luar sana mencadangkan nama selebriti lain untuk menggantikan tempat Lofa iaitu Ain Edruce.

Ramai netizen yang mendesak supaya pihak Astro meletakkan Ain sebagai pengacara Meletop yang baharu kerana kelincahan pelakon dan pengacara itu.

Ain
Sumber: instagram

Kalau korang tak kenal siapa Ain, dia merupakan pengacara bagi rancangan HurrTv dan juga pernah viral menyanyi lagu rap semasa hari perkahwinannya.

Diaorang tak nak lah!

Tapi, setelah mendapat banyak permintaan daripada netizen, Ain sendiri telah memuat naik Tweet menjelaskan perkara sebenar. Hurm, takpe lah Ain.

Selain itu beberapa nama selebriti lain turut di petik oleh netizen untuk menggantikan Neelofa iaitu Jihan Muse, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, dan juga Fara Fauzana.

Haish, tak kisah la siapa yang jadi pengacara baru bagi rancangan Meletop tu! Yang penting Nabil Ahmad masih ada lagi dekat situ untuk hiburkan korang.

 

Baca: “kalau aku, dah kena baling kuali” – [Video] Ain Edruce ‘Buat Perangai’ Masa Kahwin Buat Netizen Pecah Perut

Pp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.