in

“Kalau boleh berak pun dia nak ambil gambar”

page anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang boleh lupa dengan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah memuat naik video isterinya, Datin Seri Shahida sedang struggle melahirkan anak mereka?

Ramai yang kecam tindakan yang tak bijak tu, namun, ibu Aliff, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita mengatakan dalam satu temu bual bahawa jauh di sudut hati dia rasa bangga terhadap anak lelakinya itu walaupun dia sendiri merupakan seorang yang sensitif khususnya perkara libatkan maruah.


“Kenapa bangga, sebab mungkin secara kasar kita hanya nampak daripada sudut negatif. Tetapi dia tetap menjaga aurat isterinya kan? Keduanya, walau sesibuk manapun, dia sanggup tinggalkan perniagaannya demi isteri. Dia datang untuk saksikan sendiri pengorbanan isteri.”

k1 1
Sumber: Instagram

Dia juga mengaku anaknya itu merupakan seorang yang pelik dan sukar difahami, tetapi tak dinafikan Aliff ialah seorang yang sangat penyayang terutamanya terhadap isteri dan anak-anak.

Dia juga turut mendedahkan bahawa anaknya itu merupakan seorang yang garang. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah hal Aliff sebenarnya merupakan individu yang begitu mencintai isterinya.

k2
Sumber: Instagram

Bukan itu je, Datin Shahida juga merupakan seorang yang cukup sabar dan Aliff pula terlalu sayangkan isterinya dan tak kisah nak mengangkut anak-anak untuk meraikan bersama selain gemar merakamkan setiap momen di dalam kehidupan mereka sekeluarga.

“Syukri ni pelik. Dia suka simpan setiap momen. Kalau boleh, berak pun dia nak ambil gambar. Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah dia. Dia mahu meraikan dan itulah tandanya dia mahu menghargai setiap momen yang berlaku sekelilingnya.”

Oh macam tu rupanya…

Baca: “Saya tak boleh puaskan hati orang”

page ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.