Selepas terpalit dengan kontroversi video ‘laga tetek‘ beberapa hari lepas, Safiey Ilias muncul dengan permohonan maaf kononnya dia tak berniat untuk cemarkan agama Islam dan takkan ulangi kesilapan yang dia dah lakukan.
Tapi permohonan maaf Safiey dianggap macam main-main atau sandiwara oleh PU Amin selagi usahawan kosmetik tu tak padam video dan gambar-gambar pondannya daripada media sosial, lapor Sinar Harian.
Menurut PU Amin, dia yang kerap menegur sikap buruk Safiey tu takkan menutup mulutnya dan akan terus tentang kelakukan kurang sopan Safiey serta golongan transgender lain selagi dorang tak tunjukkan yang dorang benar-benar bertaubat. Ini antara kata-kata PU Amin yang dikongsikan di Instagram.
Menerusi posting PU Amin sebelum ni, dia jugak telah meletakkan 3 tuntutan yang perlu Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Ilias perlu lakukan kalau betul-betul mahu berubah:
- Memohon maaf kepada seluruh umat Islam.
- Berazam tidak akan mengulangi dan menasihati rakan-rakan lain untuk tidak menggunakan kaedah dan gaya hidup transgender dalam apa jua bentuk promosi bisnes atau saja-saja.
- Memadam semua gambar dan video berpakaian wanita di media sosial.
Walau macam mana pun, sehingga sekarang Safiey belum lakukan perkara ketiga tersebut dan sebab tu lah PU Amin menganggap jutawan kosmetik ni tak serius dengan permohonan maaf tu.
Susulan tu, PU Amin melalui akaun media sosialnya meminta netizen memboikot Safiey Ilias dengan tidak follow, like atau share apa-apa posting Safiey serta jangan membeli produk keluarannya sehingga individu ni bertaubat. Rata-rata netizen menyokong tindakan PU Amin.
Kalau betul-betul bertaubat, janganlah upload atau simpan gambar lama semasa zaman pondan tu. Semoga Safiey kembali ke pangkal jalan…
Baca: “Jemput pelajar tahfiz, tapi apa acara laga tetek”