in

“Kalau betul ada yang kena pukul, buat report” – Viral Video Penyokong Indonesia Dipukul, Syed Saddiq Pula Digesa Mohon Maaf

Feature Image Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari selasa yang lalu 19 November perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kemenangan menyebelahi pasukan Harimau Malaya apabila berjaya menumpaskan lawan dari Indonesia itu dengan skor 2-0.



Terbaru, tular video berdurasi 45 saat menunjukkan beberapa individu yang sedang dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Individu yang dipukul itu dipercayai penyokong-penyokong bagi pasukan Indonesia. Manakala mereka yang memukul itu pula ada penyokong pasukan Malaysia. Aik, betul ke?

V1
Sumber: twitter

 

V2
Sumber: twitter

 

V3
Sumber: twitter

Video itu telah tersebar secara meluas di platform media sosial dan dimuat naik kembali oleh individu yang dikenali sebagai @permadiaktivis di laman Twitter miliknya.

Dia meminta keadilan ditegakkan dengan menggesa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membuat permohonan maaf dan juga mengambil tindakan yang sepatutnya.

Kapsyen yang digunakan dalam video itu juga dikatakan menghina mereka.

Bukan itu sahaja, video ini juga dikatakan seperti menambahkan lagi kemarahan penyokong Indonesia.

“Kami mahu permohonan maaf secara rasmi!”

Kt 4
Sumber: twitter

 

Kt1
Sumber: twitter

 

Kt2
Sumber: twitter

 

Kt3
Sumber: twitter

Keadilan adalah untuk semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia”

Namun setelah namanya disebut banyak kali, Menteri Belia dan Sukan, @Syed Saddiq akhirnya muncul membalas tweet berkenaan dengan mengatakan bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Tambahnya lagi, beliau turut meminta pihak yang dipukul untuk pergi membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Aduhh, jangan la gaduh-gaduh. Tak kisah lah siapa mula dulu. Kalau tak di layan nanti kan senyap je. Apa pun, sepatutnya perlawanan bola sepak ni untuk menyatukan bangsa, bukannya pergaduhan.

 

Baca: “Indonesia guna khidmat toyol untuk curi bola” – Ustaz Tunjukkan ‘Jelmaan Hijau’ Dalam Kalangan Penyokong Indonesia

U7U7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.