in

“Kalau aku dah nangis dah…” – Layan Aliff Aziz Macam Biasa di IG Live, Netizen Bangga Tengok Bella Tabah

Bella Tabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kalau aku dah nangis dah..." - Layan Aliff Aziz Macam Biasa di IG Live, Netizen Bangga Tengok Bella Tabah
Loading
/

Dua bulan lepas, pada 16 Mei 2019 Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi kontroversi berkali-kali, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, nekad membuat permohonan cerai.


Selepas bercerai memang ramai netizen termasuk rakan-rakan artis yang berikan semangat serta dorongan kepada Bella sebagai ibu tunggal. Banyak juga yang memuji Bella kerana menjadi seorang wanita yang positif dan tabah.

Bella
sumber: instagram

Paling latest, Bella ada buat IG Live semalam dan tanpa disangka-sangka, bekas suaminya itu muncul bertanyakan soalan. Namun, Bella dilihat sangat profesional dan menjawab soalan Aliff dengan tenang.

Aliff dilihat memberi salam dan bertanya beberapa soalan sehingga pada satu saat, Bella tidak dapat menahan sebak ketika IG Live tersebut. Antara soalan dan kata-kata daripada Aliff adalah:

Awak believe in miracales kan? Dari dulu? Sebab saya pun percaya juga.”

Drive safe on the way to work later awak. Semoga selalu dilindungi.”

Awak jangan sedih please?”

Tonton video video yang dikongsi netizen di Twitter:

Aliff2

Aliff1

Aliff3
sumber: twitter

Kalau nak tengok video live ni penuh, boleh tengok dekat Instagram Bella Astillah!

Ramai yang komen tentang kemunculan Aliff di Instagram Bella tu, ada yang kata dia sengaja nak perhatian sebab menyesal dengan apa yang dah berlaku selama ni.

Ada juga yang kesian dekat Aliff sebab perjalanan hidup dia jadi macam ni. Yelah bila depan mata tak dihargai, bila dah kehilangan baru nak rasa bersalah dan tercari-cari.

Aliff Aziz
sumber: twitter

Tapi of course, ramai orang yang bangga dan terharu tengok ketabahan Bella walaupun dah harungi macam-macam dugaan ketika masih menjadi isteri Aliff.

Ada juga yang puji sifat Bella yang lemah lembut, berhati mulia dan tak menyimpan dendam walaupun dah banyak kali disakiti oleh bekas suaminya tu. Malah, dia turut mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk Aliff.

Bella
sumber: twitter

Admin suka dengar Bella ni bercakap, sangatlah soft spoken…

Baca: “He is still the father of my son” – Sedih Tengok Aliff, Bella Doakan Aliff Kembali Sihat

Bella Aliff Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.