Semalam Bahagian Siasatan & Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar ada menjalankan Op Penguatkuasaan Lalu Lintas di Jalan Daeng, Selili.
Nak dijadikan cerita ketika itu anggota polis ada menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah yang ditunggang oleh seorang lelaki warga Myanmar.
Hasil pemeriksaan polis mendapati yang lelaki warga asing itu tidak mempunyai lesen memandu, so disebabkan itu tindakan perlu diambil keatas lelaki tersebut.
Namun lain pula jadinya bila lelaki warga Myanmar itu cuba rasuah pihak polis dengan memberikan wang tunai RM50 yang digenggam dalam tangannya supaya dia lepas dari dikenakan saman.

Pegawai polis yang bertugas ketika itu dah bagi amaran kepada lelaki tersebut beberapa kali supaya jangan paksa polis ambil rasuah tetapi lelaki tu tetap berdegil.
Last-last disebabkan itu polis terus tangkap lelaki tersebut atas cubaan bagi suapan kepada pihak polis yang sedang menjalankan tugas.

Rata-rata netizen memuji integriti yang ditunjukkan anggota polis yang bertugas ketika itu, namun yang tak syoknya bila ada segelintir netizen ‘membahan’ pihak polis susulan daripada kejadian tersebut.
Korang baca komen-komen kat bawah ni.
“kira la polis kt situ ada bpe org. tkkn nk bg 10rm sorg. fikir lah kesejahteraan org lain sama hahaahahaaahaaa…”

Sepatutnya kita berbangga ada anggota polis yang pegang pada integriti dan menolak amalan rasuah, bukan condemn kan?